Superbike Untuk Di Jual

on Sabtu, Mei 10, 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.


Suatu keputusan yang bukan mudah untuk dibuat. Akhirnya..

Tidak ramai para isteri yang suka apabila suami mereka membeli atau memiliki motor berkuasa tinggi termasuk la aku.

Bukan cemburu atau iri hati apabila sayang sudah beralih arah ke motor idaman tetapi keselamatan yang dirisaukan. 

Aku tak pernah rasa naik motor besar tapi aku tahu, superbike bukan boleh bawa dalam kelajuan perlahan. Pulas tombol minyak sikit, dah meluncur laju.

Orang kata, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Seminggu selepas aku bersalin anak ke 3 tahun lepas, menurut Doktor, hubby ku alami anxiaty dimana dia akan rasa rimas, tak selesa atau fobia untuk memandu atau menunggang. Sekarang dalam proses rawatan lagi. Pergi kerja kena ada kawan yang teman dan tolong memandu kereta. Motor dah jarang-jarang bawa. Daripada jadi tukun, lebih baik jualkan walaupun sayang.

Kalau boleh, semua kenderaan dia nak jual. Nasib baik aku boleh memandu kereta.

Jika ada yang berminat, boleh la melamar superbike tu segera sebelum hubby ku berubah fikiran.

Tahun: 2013
Lokasi: Teluk Intan.

Maklumat lain akan aku up date kemudian jika ada yang berminat.








* Note II up date

Ranking: 5

16 comments

2 Mei 2014 8:07 PTG

pergh.. ni model kawasaki zx6r kan..? saya nk melamar pun, x kemampuan lagi.. baru student.. hehehe.. tapi, pergh...

5 Mei 2014 12:19 PTG

tak pernah naik...rugi lah. betul, tak pernah nampak superbike bawa perlahan walaupun jalan biasa. baru lagi moto ni.

5 Mei 2014 6:29 PTG

Hehe.. jamu mata pun ok juga.

5 Mei 2014 6:31 PTG

Tak sesuai, haha..
Memang baru lg. Terpaksa jual semua motor2 yang ada. Bro Denaihati tak berminat ke?hehe..

6 Mei 2014 12:00 PTG

ganas dan menarik maotor ini.

11 Mei 2014 12:59 PTG

Saya berminat sangat... boleh hubungi saya 012-2420437.. Nak Jual berapa?

15 Mei 2014 7:28 PTG

Ooo sayang nya nk jual. Saya salah seorang peminat motor.tp sbb xde lesen motor duk blakang jelah ikut laki tiap sabtu ahad.

Moga suami awk cpt sembuh ye iza. Tak tau sgt psl penyakit tu tp mesti bahaya klu memandu sendirian kan.

18 Mei 2014 12:53 PTG

Ada dapat sms tak dari nombor xxx-xxx6307?

18 Mei 2014 12:56 PTG

Saya ada lesen motor tapi dah lama tak bawa motor. Rakyat ramai,kena naik kereta je..
Tq LM.

22 Mei 2014 9:57 PG

assalamualaikum kak,nak tanya pasal penyakit anxiety suami akak tu? ada tak BP (blood pressure) naik dan kolesterol dalam darah naik? sebab apa yang suami akak alami tu saya pun baru je kena pada bulan lepas.sekarang ni masih dalam treatment. saya pun dah tak boleh travel dan drive sorang2 lagi dah. untung suami akak sebab ada akak tapi macam saya ni still single terpaksa la mengharap belas ihsan kawan sekerja,jiran,adik (tapi dia duduk jauh sedikit) dan terpaksa guna public transport.

26 Mei 2014 4:56 PTG

Ohh kalau ada duit dah lama sambar ni..emmmm...semoga suami tu cepat sembuh...aminnn

27 Mei 2014 2:14 PTG

@Nasri Nasir
Waalaikumsalam..
Ada masalah berkaitan jantung. Masih lg dalam proses rawatan

27 Mei 2014 2:14 PTG

@Hafizul
Aminn..tq

27 Mei 2014 11:21 PTG

Berapa RM nak jual ni? Jual murah-murah dah lah..

28 Mei 2014 11:29 PTG

@Ammar Sila la berhubung dengan tuan empunya motor untuk rundingan. 012-5596307

13 Oktober 2014 8:08 PG

Adakah anda memerlukan bantuan kewangan atau pinjaman segera? Kami antarabangsa Syarikat Pinjaman Persendirian, komited dalam membina perniagaan yang mampan dalam jangka panjang. Kami menyediakan berbagai-macam perkhidmatan untuk pelanggan-pelanggan pinjaman peribadi dan perniagaan pada kadar faedah 2%, terma pinjaman penentu. Kembali kepada kami Untuk maklumat lanjut dan keperluan borang permohonan, Hubungi kami melalui e-mel usl.associates005@gmail.com

Nama Penuh:
negara:
Jumlah Diperlukan:
jangka masa:
telefon:
pendudukan:
Bertujuan bagi Pinjaman tersebut:

Yang benar
pengurusan
Syarikat Pinjaman Perkhidmatan Inc

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved