Streamyx 4Mbps

on Rabu, Mei 28, 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.


Minggu lepas aku ke Telekom Malaysia (TM) untuk bayar bil dan mohon tambah kelajuan internet dari 1Mbps ke 4 Mbps. 

Walaupun internet dah laju dari biasa, masih juga tak berkesempatan untuk mengadap lappy lama-lama. Biasa la kan, sibuk je memanjang.

Nak selesaikan tempahan mengait dulu sebelum sambut puasa. Harap-harap bulan puasa ni tak ada la nak pulun siapkan order tertunggak.

Dah tak boleh buat banyak kerja dalam satu masa kalau benda tu melibatkan anggota yang sama. Contohnya, aku nak mengait maka tak boleh la nak menaip melainkan mengait sambil "dengar tv" atau blogging sambil "dengar tv". Aku tak tengok tv, dengar je sebab mata tumpu di tempat lain.

Sebelum aku melalut lebih lama, aku stop sini dulu. Ada kerja yang perlu disiapkan. Untuk apa sebenarnya melajukan internet? Aku pun tak pasti. Mungkin nak stop Astro kot dan pasang N'joy. Ada sesiapa yang guna N'joy tak?

Ranking: 5

1 comment

30 Mei 2014 12:26 PTG

Emm saya pun kalau ada rezeki nak pasang njoi..memang sedap dikit dari pakai area telang ikan yang biasa ni..hehe

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved