Resepi Cheesekut

on Sabtu, Mac 22, 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Hari ni, ada sikit mood rajin. Sikit je tau. Walaupun letih..pagi-pagi uruskan anak-anak, tengahari pergi ke pasar. Balik dari pasar, terus masak, makan. Bagi anak-anak tidur, keluar ke Giant pulak, cari bahan untuk buat cheese biskut.

Ni la rupa cheesekut yang aku buat. Comot sangat.


Sekarang ni resepi ni tengah popolar. Aku pun cuba try test. Macam variasi boleh buat. Aku ikut je resepi asal

Bahan:

250gm krim cheese
1/2 tin susu pekat
Sedikit susu segar
Biskut craker delux (boleh gantikan dengan biskut oreo atau apa2 biskut lain)
Nestum

Caranya;

Putar krim cheese dengan susu pekat dan sedikit susu segar agar jadi sedikit lembut. Jangan lembik sangat,nanti tak jadi. Anggaran 2-3 sudu susu segar je.

Celup biskut dalam susu segar dan susun dalam loyang. Ratakan krim cheese dan tabur nipis nestum. Ulang lagi lebih kurang 3 lapisan. Lapisan terakhir, masukkan semua krim cheese. Aku letak sedikit taburan milo dan nestum di lapisan paling atas. Sebab tu ada nampak hitam-hitam sikit.

Masukkan dalam peti sejuk semalaman. Esoknya baru boleh makan. Jadi, kita tunggu esok untuk merasai keenakannya.

Selamat mencuba.

*up date





Ranking: 5

11 comments

23 Mac 2014 9:15 PG

assalam,

selalu dengar orang buat desert ni...tapi bunda belum pernah buat dan makan lagi...

salam ziarah hujung minggu..

23 Mac 2014 9:48 PG

W'salam.
Terima kasih sudi ziarah sini.
Sedap jgk walaupun comot, try la.

24 Mac 2014 10:46 PG

alamak menggiurkan le kak... teringin nak try

kak, krim cheese tu jenis apa ye? jenama nya

24 Mac 2014 10:47 PG

fantastic ;)

26 Mac 2014 7:36 PTG

Hehe..try la. Sedap. Ada 2 jenis krim cheese yang akak jumpa. Akak guna tatura je. Satu lagi philadelphia, mahal sikit yg ni.

2 April 2014 8:22 PG

Salam Ukhuwah,

Tengah mengGoogle resepi untuk anak2. Suka sangat resepi simple macam ni. Thank you.

28 April 2014 1:08 PTG

Salam... lama tak berkunjung ke rumah Teratak Usang. Ini balasan kunjungan Kak Iza ke Sensasi2020. Sedap jgk nampak kek ini. Ia tak perlu dibakar, senang pula membuatnya.

28 April 2014 1:10 PTG

Ini resepi biskut dicampur dgn cream cheese.

15 Mei 2014 7:29 PTG

Nmpk sedap . Mesti syok mkn sejuk2. Nnt mgu dpn nk buat utk budak ni pki biskut yg x abis2 tu

18 Mei 2014 8:37 PTG

sedapnye....

26 Mei 2014 4:58 PTG

Serius...memang nampak sedap dan mengiurkan....dalam mood malas tu pun masih sempat siapkan ini kuih..hehe

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved