Muncul Kembali Di Tahun 2014

on Rabu, Januari 29, 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Selamat tahun baru 2014. Dah nak masuk bulan Februari, aku baru nak ucap selamat tahun baru. Lama jugak ku biarkan blog ni bersawang. Sejak 10 November lepas, last up date. Banyak cerita nak diceritakan sebenarnya tapi mampukah aku luangkan masa untuk itu?

Nak karang semua cerita, panjang sangat. Di pendekkan cerita, hujung tahun lepas, sebaik sahaja cuti sekolah bermula, aku balik kampung menanti hari...

2 Disember 2013, aku lahirkan seorang putera lelaki seberat 3.83kg di Kedah Medical Centre secara pembedahan. Berpantang 2 minggu di rumah mertua dan kembali ke Perak semula.

2 Januari 2014, anak sulungku mula masuk darjah 1 di Sekolah Rendah Al- Munir. Dari situ bermula rutin harian ku yang baru. Kena bangun awal pagi menantikan van sekolah yang akan ambil dan hantar anakku pulang. Jadi, tak perlu lagi aku sibuk nak menghantar atau mengambilnya di sekolah. Cuma letih la sikit dengan 2 anak kecil.

Dalam sibuk-sibuk tu, sempat lagi aku mengait. hehe...hobi yang tak boleh nak dipisahkan... Hubby aku sentiasa tak bersetuju dengan apa sahaja hobi yang aku ceburi. Pelik betul la hubby aku ni.. Ada aku kesah? Aku teruskan juga walaupun tak dapat sepenuh sokongan darinya. Hobi ni membuatkan diri kita relax dan tenang (eh, bukan sama maksud ke?). Maklum la, kadang tu stress, tidur tak cukup. Jam loceng bergerak sentiasa bunyi di malam hari. Bak kata lagu Nenek Si Bongkok Tiga, siang tidur, malam berjaga. Bayi yang kecik tu, mula jam 7 pagi baru dia nak tidur. Time orang nak tidur, time tu la dia berjaga. Tak kan nak biarkan dia berjaga sorang-sorang, jadi aku la penemannya..hehe..Mudah-mudahan besar nanti jadi anak soleh. Angan-angan dalam hati, "cepat la besar...nak hantar belajar di sekolah Tahfiz". Kerja tak hebat tak mengapa asalkan tahu mandikan jenazah ibu, tahu baca doa untuk ibu dan kirimkan pahala untuk ibu bila ibu dah tak ada nanti...

Kisah anak yg ke dua.. (Kak Ngah)
Dah berusia 2 tahun 4 bulan. Badan makin sihat sebab masih menyusu badan manakala adiknya minum susu formula. Baguihnya kakak ni, susu adik, dia minum. Baguih juga si adik, mengalah untuk kakaknya...Kakaknya ni kuat cemburu. Apa sahaja untuk adik, semua dia nak. Sangat berbeza dengan Alongnya yang pemalu. Kak Ngah ni langsung tak segan dengan orang. Semua orang, dia nak ikut kalau datang ke rumah.

Itu la serba sedikit ceritaku sebagai permulaan tahun baru. Azam baru??? Macam biasa, nak capai target.

Domain www.teratakusang.com tamat pada 14 Januari 2014. Tapi aku dah renew sejak Novermber 2013 lagi. Maklum la, hubby ku sukar dijangka. Kalau aku lambat-lambatkan, tetiba dia tak bayar bil streamyx ke, sudah....Tambah-tambah lagi bila dia hantar aku balik kg, sah-sah la tak ada orang nak guna internet dan aku pulak tukang bayar segala bil secara online. Dua bulan tak ada khabar suruh bayar bil, memang masuk air la. Baik aku renew domain awal-awal, lebih selamat.

Aku sibuk sebenarnya. Orang lain pun sibuk jugak kan? Nak masak, mengasuh anak-anak, tunggu anak balik sekolah, nak siapkan tempahan kait, nak buat barang ready made untuk persediaan bulan Februari nanti. Oppss, sebelum aku terlupa, group aku akan buka booth di Lorong Seni, Putrajaya untuk jualan barangan handmade. Sila la berkunjung ke sana. Yang terdekat ni di Senawang Food Festival tapi yang ni, aku tak sempat nak kirimkan barang untuk jualan.

Ok la, aku stop di sini dulu,
Assalamualaikum.


Ranking: 5

1 comment

30 Januari 2014 2:02 PTG

Tanniah dan selamat kembali. :-)

Catat Ulasan

Ruangan santai

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved