D.I.Y Nursing Pillow

on Ahad, November 10, 2013

Assalamualaikum, 
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Apa itu Nursing Pillow?
Nursing Pillow adalah bantal yang diperbuat daripada kekabu atau polyfiber khas untuk ibu-ibu mengusu atau mengandung. Tetapi kegunaannya tidak la terhad untuk ibu-ibu sahaja. Nursing Pillow juga boleh digunakan untuk meletakkan bayi ketika menyusu botol, untuk baring seperfi bantal-bantal biasa dan sebagainya.

Nursing Pillow dicipta khas untuk ibu yang menyusu supaya tangan ibu tidak lenguh kerana bantal tersebut membantu menyokong lengan ibu daripaga lenguh.

Pola Nursing Pollow

Aku google pola nursing pillow dan print keluar. Polanya ni memerlukan 4 keping kertas A4. Bila dah print, cantumkan pola tersebut, gamkan dan gunting lakarannya. Aku edit sikit supaya nursing pillow tu tak berbentuk C apabila digunting. Terpulang la pada diri masing-masing, nak buat supaya nampak lebih selesa apabila digunakan nanti.

 Gambar warna biru laut atas ni, Nursing Pillow yang telah siap di isi dengan kekabu. Aku beli kekabu 1kg berharga RM16. Dalam 1kg tu, boleh dapat 3 nursing pillow. Ok la kan, selesa sikit dari menggunakan polyfiber.

Nursing Pillow siap bersarung

Gambar atas ni pula, sarung Nursing Pillow yang telah siap dijahit. Maknanya, kena sediakan 2 helai kain untuk buat sarung dalam (berisi kekabu) dan sarung luar. Sarung luar ni boleh jahit zip ataupun butang di bahagian tepi atau bawahnya. Aku buat ringkas sahaja tanpan menggunakan zip atau butang.

Caranya, aku guntingkan dua lapis kain mengikut bentuk nursing pillow (bagi lebih sikit untuk jahit). Lapisan atas biarkan dulu di tepi. Lapisan bawah, aku gunting ditengahnya supaya menjadi 2 bahagian. Aku jahit bahagian yang aku gunting tu supaya berkedudukan selisih. Maksudnya, satu di atas menindih kain yang dibawah. Akhir sekali, baru cantumkan dan jahit di sekeliling sarung bantal. Maka, tak perlu lagi nak letak zip atau butang.

Bagi yang ada mesin jahit, boleh la cuba buat sendiri. Lebih jimat. Kalau nak beli yang dah siap, harganya dalam lingkungan RM60 ke RM80 bergantung pada material yang digunakan.

Ada yang berminat untuk buat tempahan? Boleh saja tapi bukan untuk tahun 2013 ni sebab aku akan bercuti mulai 16 November 2013 sehingga sekolah di buka. Nak balik bercuti di kampung, dan nak sambut ahli keluarga baru, InsyaAllah. Cahaya mata yang ke 3 bakal menyusul..

Urusan tempahan, bole hubungi aku di talian 017-5516307 atau pm di www.facebook.com/izaarm
Ranking: 5

3 comments

24 Januari 2014 11:13 PG

aiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 1451
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

14 Februari 2014 4:44 PG

Benda ni pakai macam mana kak? Untuk kepala ke badan?

14 Februari 2014 2:30 PTG

@Stuwie
Ok. Kalau untuk baby, nak bagi baby tidur pun boleh. Letak kepalanya atas nursing pillow dan badannya akan ada di tengah2 nursing pillow tu. Dia akan rasa mcm dipeluk je..
Kalau nak menyusukan baby, letak pillow tu di perut. Baby akan tidur atas tu, ibu pun tak lenguh tangan ampu baby dan badan pun tak perlu dibengkokkan ketika menyusu.
Kalau kanak2 pun boleh guna, selesa untuk tidur.
Kalau bawa kereta, letak di tengkok pun boleh.

Catat Ulasan

Ruangan santai

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved