Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Tiga jenis kopiah berjaya dikait. Aku saja-saja kait kopian kosong untuk hubby, kait kopiah GAZA tempahan pelanggan dari Terengganu dan kait kopiah bercorak untuk kanak-kanak.
Kopiah biasa
Kopiah GAZA
Kopiah bercorak belum ambil gambar lagi jadi tak ada di sini. Kopiah GAZA telah memberi idea kepada pengait-pengait tanah air untuk menghasilkan pelbagai produk seperti headband, tote bag, keychain, pencil case, mafla, turbun dan sebagainya berasaskan 4 warna GAZA iaitu gabungan hitam, putih, hijau dan merah.
Untuk makluman, harga kopiah dewasa RM25 manakala kopiah kanak-kanak RM20 tanpa ada nama. Jika kopiah bernama atau bercorak, tambahan sebanyak RM5 untuk dewasa dan kanak-kanak.
Kopiah akan siap dalam masa tiga (3) hari jika tiada apa-apa halangan.
Penghantaran menggunakan pos laju RM6 atau pos daftar RM3 untuk Semenanjung Malaysia, bergantung pada permintaan pelanggan.
Jika ada yang berminat, boleh whatsapp/sms ke 017-5516307 atau pm di http://www.facebook.com/teratakusang atau http://www.facebook.com/pages/Iza-Arm-Crochet-Seni-Mengait-Jarum-Satu/500471746647323









6 comments
wah comel
kopiah gaza tuh cantik
Bila lihat kopiah ini teringat akan kopiah pemberian arwah datuk saudara.
Kopiah GAZA tu cantik.
@Lynn Munir
Terima kasih..
Hai... menarik blog ni. Jadikan hobi sebagai sumber kewangan tambahan. Silalah jengah benang-benang di www.myyarnscollection.blogspot.com. Mana tahu ada yang berminat.
Catat Ulasan
Ruangan santai