Beg Tangan

on Selasa, November 13, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Gucci dan Coach. Beg tangan yang terkenal di kalangan mak-mak Datin. Tak ada "Datin" pun boleh guna cuma ianya mungkin beg second hand atau beg tiruan ataupun gadis-gadis dan wanita hartawan mungkin mampu guna jenama tersebut.  Aku tau dua jenama tu sahaja sebab aku bukan la peminat beg-beg tangan. Dengan kata lain, bawa saja apa yang ada asalkan boleh letak barangan penting seperti dompet dan handphone.

Lagi mudah kalau boleh letak dalam poket seluar atau poket baju. Simple dan tak menyusahkan. Tapi kali ini, aku berjaya kait beg tangan kecil dan comel. Mungkin tak sesuai untuk majlis rasmi. Beg tangan ini hanya muat di isi dengan dompet dan handphone.
Kalau ada yang suka bawa make up, botol susu, pampers anak dalam satu beg, memang tak sesuai la dengan beg kecil ni.

Beg tangan ini menggunakan benang import jenama ICE mix color. Ambil masa sehari semalam untuk siapkannya. Beg ini juga telah diletakkan magnetic button supaya penutupnya tidak terbuka ketika menggunakannya.

Jangan pandang rendah pada orang yang menggunakan 100% handmade kerana nak kait beg ini bukan la satu kerja yang mudah. Ia memerlukan kerajinan dan semangat untuk menyiapkan sesuatu projek. Kalau tak ada semua tu, jadi la projek terbengkalai.

Artis luar negara pun ada menggunakan beg kait. Salah seorang artis yang menggunakannya adalah Angelina Jolie.
Dan yang terbaru dalam akhbar bulan lepas, beg kait dijual dengan harga yang mahal dan mendapat sambutan seluruh dunia. Nak buat beg macam Angelina Jolie guna tu, tak mampu lagi sebab beg tu besar sangat dan pastinya memakan masa untuk siapkannya.

Jika ada yang berminat untuk tempahan beg tangan seperti gambar di atas yang berukuran 4" x 7", boleh sms atau hubungi aku di talian 0175516307. Deposit minima sebanyak RM10 diperlukan agar tak ada yang membatalkan order di saat-saat akhir.

Ranking: 5

19 comments

13 November 2012 12:32 PG

Perghh.. Letih nak mengait beg ni! Semangat kena kekal tinggi untuk menghabiskan projek macam ni.

13 November 2012 7:41 PG

@Encik Anif
Ya dan bila dapat siapkannya, merupakan suatu kepuasan.

13 November 2012 10:05 PG

wah, duta produk Angelina Jolie...heee
puashati dgn 1 hari utk siapkan beg ni, hasilnya memang cantik n berbaloi.

13 November 2012 12:13 PTG

semakin bertambah produk yang dihasilkan..insyaAllah lepas ni mungkin boleh masuk SME untuk melebarkan sayap..

13 November 2012 2:34 PTG

Minat dan kreativiti yang mampu mendatangkan hasil. Setuju dengan cadangan pipoq,.. bila mungkin akan kembangkan sayap ni?

13 November 2012 2:44 PTG

Sudah boleh menghasilkan beg tangan. Nanti jangan lupa letakkan label perniagaan penting tuh untuk tujuan pemasaran penjenamaan.

13 November 2012 3:34 PTG

Assalam..moga sukses. , pernah jadi hobi isteri sy suatu masa dulu...kena ada minat n sabar masa membuatnya..kalo malas nk buat kita order ja lah...support kawsn2.

13 November 2012 9:00 PTG

hasil dari kait terbaik tuh

14 November 2012 1:28 PG

tahniah! rajin ya buat beg tangan ni.. boleh buat banyak2 untuk di jual nanti

14 November 2012 11:27 PG

Beg kait ni memang ada sentimental value, maklumlah hasil tangan kan, bukan senang tu :D

14 November 2012 2:07 PTG

@pipoq
InsyaAllah, lesen perniagaan dah ada.

14 November 2012 2:07 PTG

@akubiomed
Masih dalam proses..

14 November 2012 3:57 PTG

Bila tengok beg macam senang senang mengait. bila dah buat sendiri maunya lenguh huhu :P

14 November 2012 8:03 PTG

cantiknya..

14 November 2012 8:45 PTG

@Iza Teratak Usang

setuju tu..ag pon x semua org leh buat ni.. :)

14 November 2012 9:10 PTG

Salam..
ermm..fesyen mak Datin nih
alahai..mesti mahal kalau
di jual kan..?

15 November 2012 7:38 PG

Untung ada bakat mengait.. memang boleh buat duit..

17 November 2012 9:28 PTG

Dulu2 opah selalu juga mengait beg mcam ne

23 November 2012 4:54 PTG

@Iza Teratak Usang tahniah pn iza...mmg ambe kagum pada mereka yg ada kemahiran mengait ni...terbaik!

Catat Ulasan

Ruangan santai

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved