Gambaran Ketika Israk Dan Mikraj Nabi.

on Ahad, Jun 17, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada satu  malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah  Maha Mendengar dan Maha Melihat. 
(Surah Bani Israil: 1)
Israk dan Mikraj merupakan perjalanan Nabi naik ke langit. Kejadian Isra' (perjalanan dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis) dan Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha)  ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum  hijrah. Peristiwa tersebut merupakan penghormatan Allah kepada Nabi Muhammad (penghulu segala Nabi dan Rasul) yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi lain. Ia juga merupakan satu mukjizat. Selain itu, ia juga adalah merupakan satu perutusan diraja untuk penyampaian anugerah yang paling agung iaitu solat. 

Dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, Nabi diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa ganjil. Setiap kali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut. Di antaranya adalah: 
  • Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang. Malaikat Jibril ajarkan doa menagkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur.
  • Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti. Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang
  • Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka. Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat
  • Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah. Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.
  • Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan. Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.
  • Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung semula digunting lagi tanpa henti. Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.
  • Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi. Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.
  • Seekor lembu keluar dari satu  lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh. Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.
  • Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu. Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi
  • Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti  Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam
  • Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti. Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan.
  • Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti. Seruan Iblis cuba menghalang usaha  dakwah
  • Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu. Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat
  • Nabi tercium bau yang amat harum. Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun.
  • Kayu merentangi jalan sehingga menyukakan orang lalu-lalang. Gambaran orang yang suka  berpeleseran dan melepak
  • Sekumpulan orang berenang di dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya. Gambaran orang yang makan riba'
  • Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai. Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.
Ini hanyalah sebahagian informasi. Terdapat banyak lagi kisah yang dilalui oleh Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w ketika Israk dan Mikraj. Sila ke http://www.smkant.bpi.edu.my atau http://www.mypsa-wa.org/pdf/isra_mikraj.pdf untuk kisah lengkap.



Kongsikan artikel Gambaran Ketika Israk Dan Mikraj ini jika bermanfaat.

Ranking: 5

10 comments

17 Jun 2012 12:37 PG

moga2 kita beroleh rahmatNya
amin

17 Jun 2012 12:59 PTG

info terbaik dari kak Iza..hee salam israk mikraj :)

17 Jun 2012 1:15 PTG

Nice sharing here
Thank u

17 Jun 2012 2:22 PTG

peringatan kepada kita semua..

17 Jun 2012 3:09 PTG

terima kasih berkongsi ye

17 Jun 2012 4:13 PTG

bersama sama kita menghayati kisah kisah peristiwa Israk Mikraj ni agar menjadi panduan dalam kehidupan

17 Jun 2012 8:33 PTG

Walaupun Nabi Muhammad (S.A.W)dah beri gambaran namum masih juga yg ada lalai dan masih berbuat dosa.

18 Jun 2012 2:41 PTG

masa ceramah agama, suka dgr..
boleh bayangkan bagaimana perjalanannya..
sesungguhnya kekuasaanNya

18 Jun 2012 2:52 PTG

semoga kita semua mendapat rahmat darinya,,,

18 Jun 2012 9:25 PTG

salam..
memang menakutkan sekali
gambarannnya itu..Moga
menjadi pengajaran buat kita
semua..

Catat Ulasan

Ruangan santai

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved