Buah Mangga Kekal Muda.

on Isnin, Mac 12, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Untuk pengetahuan semua, ini bukan merupakan petua awet muda. Aku tak tahu nak letak tajuk yang betul dan tepat dengan apa yang ingin aku sampaikan.

Bulan lepas (3 Februari 2012), aku balik ke kampung. Aku bawakan buah mangga atau buah mempelam telur dari kampung ke rumahku. Seperti yang diketahui umum, buah mempelam telur ni masam rasanya. Aku memang tak suka benda masam-masam ni. Jadi, mengapa aku bawak balik dari kampung?

Sebenarnya, buah tu kegemaran hubby. Bukan untuk dimakan begitu sahaja, bukan juga untuk diperam dan jauh sekali untuk menyicah sambal belacan a.k.a colek (kata orang Pantai Timur)

Buah ni aku tumbuk bersama sambal belacan untuk dimakan bersama nasi. Hubby cukup suka kalau ada sambal mempelam. Sambal belacan memang wajib ada ketika makan nasi tetapi lebih menyelerakan jika dimasukkan buah mempelam masam.


Kalau di Kedah, aku selalu masukkan buah kuinin menggantikan buah bacang/ macang. Tapi berbeza di Perlis, orang Perlis lebih gemarkan buah mempelam.

Taip dah separuh muka surat tapi belum masuk isinya lagi. Itu baru intro. Ok, kembali pada tajuk asal. Buah-buah mempelam yang aku bawak balik dari Perlis tu semuanya dalam keadaan mengkal atau tua tapi belum masak. Kalau masak ranum, tak sedap pulak untuk dibuat sambal mempelam.

Bagi mengekalkan kemengkalannya atau kemudaannya, aku bungkus semua mempelam tu dengan surat khabar lama dan masukkan dalam peti sejuk. Setiap kali nak guna, bawa keluarlah sebiji. Jika dibiarkan terdedah di luar, mungkin buah-buah mempelam tu tidak tahan lama atau cepat masak.

Hasilnya, buah mempelam tu masih kekal kemudaannya hingga kini dan masih berbaki 2 biji. Bayangkan, buah mempelam tu boleh tahan lebih sebulan jika disimpan elok-elok dalam bungkusan akhbar dan di simpan dalam peti sejuk. Buah-buahan lain tak pasti pulak. Kalau tempe yang baru masak dan dibungkus dengan daun pisang, jangan la letak dalam peti ais, sampai bila-bila pun dia tak akan masak.




Himpunan post awet muda.

Ranking: 5

34 comments

12 Mac 2012 12:50 PG

saya mmg simpan stok mangga dlm esbok tuk wat colek2..hihi.

12 Mac 2012 12:55 PG

Pernah makan Kerabu Mangga. Sedap.

12 Mac 2012 1:11 PG

banyak benda yg sop simpan dalam peti ais, mmg tahan
pisang pun boleh :)
sambal belacan campur mangga, mmg best :)

12 Mac 2012 5:07 PG

kiranya macam petua jugaklah tu kak.

salam kenal ye kak.

12 Mac 2012 11:46 PG

makan ngan garam aje pun best gakk..

12 Mac 2012 12:08 PTG

Salam,
ni makanan kegemaran juga ni.. kalau campur dengan belacan memang sedap.. selalu beli tapi memang tak dapat simpan lama.. kira boleh cuba juga petua tu nanti

12 Mac 2012 2:18 PTG

Sambil baca sambil telan air liur
Haha

Kalau tak bungkus dengan kertas surat khabar tu, tak boleh ke?

12 Mac 2012 3:25 PTG

sambal mace meme sedap Za...keno denge petaa pulok tu...mu wat aku lapa jah..

12 Mac 2012 4:35 PTG

Kecek Klate pulok mu nih..
Hai, petaa tu meme pembuko selere..

12 Mac 2012 4:43 PTG

Boleh je tapi mungkin jadi kecut cepat sikit kot..

12 Mac 2012 4:55 PTG

salam;
Aduh!..terliur pulak.

12 Mac 2012 5:43 PTG

nice tips here :)

12 Mac 2012 6:02 PTG

Adussss... meleleh ler pulaair nih.. suka sgt sambal belacan
pelam atau bacang atau kuini.. posto2 sis.. hik3

12 Mac 2012 6:14 PTG

saya tak pernah cuba lagi tumbuk ngan sambal belacan..
tentu sedap tu.... :D

12 Mac 2012 7:12 PTG

wow, nice tip here

12 Mac 2012 7:27 PTG

terliur sy... sy suker mkn dengan nasi pns2 + ikan kering.. :-)

dtg follow sini

12 Mac 2012 9:54 PTG

Lagi masam lagi sedap wooo.... :D

12 Mac 2012 10:00 PTG

Kalau makan saja, saya tak tahan masam, kecut lidah..

12 Mac 2012 10:01 PTG

Sedap tu..ikan kering.

12 Mac 2012 10:57 PTG

Sedap..cuba la...

12 Mac 2012 11:06 PTG

hehe...nak posto macam mana, nanti lalat ikut posmen..

12 Mac 2012 11:13 PTG

W'salam..
hehe..

12 Mac 2012 11:43 PTG

Wow ! suratkabar ni banyak kegunaannya kan :D

13 Mac 2012 2:20 PG

petua yang bagus dari kak iza... baru tau... kalau tak selama ni, letak je buah terdedah... rasenye, petua ni elok diapply pada kebanyakkan buah-buahan lain... terutama 'buah tangan' yg dibawa dari kampung... hehehe

######

terima kasih sudi menjadi ahli GPK. Sokongan anda amat kami hargai... Buat pengetahuan tuan/puan, GPK sedang giat menjalankan segmen blog rakan-rakan Gerila Penulisan Kreatif. 3 blog bertuah akan dipilih secara rawak untuk diiklankan stp minggu.

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/blog-rakan-gerila-penulisan-kreatif.html

Insyaallah, sama-samalah kita mendorong dan menyokong. jemputlah ke blog saya. sudilah komen atau tinggal jejak di mana-mana.

iklas dari,
pengasas gerila penulisan kreatif

13 Mac 2012 10:20 PTG

Bawa dari Malaysia ke?

13 Mac 2012 10:23 PTG

Dengar kerabu...dah terliur.

13 Mac 2012 10:25 PTG

Kalau pisang tu, kira lambat la untuk masak TETAPI kalau ada buah lain atau sayur lain, jangan campur dengan pisang. Pisang boleh membantu mempercepatkan buah lain masak. Ada terbaca kat mana tah.

13 Mac 2012 10:28 PTG

Ya, salam kenal.

13 Mac 2012 10:43 PTG

Aii..masam oii..

13 Mac 2012 10:54 PTG

W'salam..
Ya ka?
Kalau nak simpan lama, boleh la cuba.

13 Mac 2012 11:07 PTG

Ha'ah..
macam-macam boleh buat.

13 Mac 2012 11:17 PTG

Kalau biar terdedah, cepat la masaknya..
Kalau letak dalam peti sejuk, boleh la melambatkan proses tu.

13 Mac 2012 11:24 PTG

try pula pelam pauh @ harum manis..lgik best wat kerabu :)

13 Mac 2012 11:32 PTG

Harum manis sayang nak buat kerabu sebab harganya mahal..

Catat Ulasan

Ruangan santai

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved