Koleksi Lengkap Mutiara Naga

on Rabu, Februari 01, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Ramai antara kita sememangnya minat membaca. Tidak kira bahan bacaan apa pun, asalkan ada sedikit minat, pasti masa lapang dapat di isi. Masihkah ingat entri lepas iaitu Lelaki Kacak Suka Membaca? Orang yang rajin membaca adalah seorang yang kacak. Kacak bukan hanya milik Titan.

Aku juga minat membaca tetapi bahan bacaan yang aku minati bukanlah aneka jenis komik. Anda nampak Komik Mutiara Naga a.k.a Dragon Ball kat bawah ni? Itu bukanlah komik milikku. Aku hanya tukang susun. Komik tersebut milik hubby. Ini merupakan salah satu hobinya dimasa lapang atau sebelum melelapkan mata. Minat sungguh dia dengan komik. Selain Koleksi Mutiara Naga, ada lagi beberapa koleksi lain seperti Raja Rimba, Juara Jalanan dan Senjata Misteri.
Entah apa yang seronoknya membaca komik ni, aku pun tak tahu. Tak pandai aku nak membacanya dan tak minat pun nak selak helaian-helaian komik tu. Oleh kerana nak cerita tentang komik ni, aku gagahkan diri untuk melihat seketika helaiannya. Kalau tak silap aku, kena baca bermula dari kanan ke kiri. Ya, betul... Ada tertulis di komik ini, 
PERHATIAN!

Oleh kerana Mutiara Naga berasal dari 

Bahasa Jepun makan cara pembacaannya perlu 

bermula daripada kanan ke kiri.
Segera aku dapat jawapan apabila belek komik ini seketika.  Komik Mutiara Naga ni bermula dari Jilid 1 hingga jilid 43. Setiap sebuah komik dibahagi pula mengikut episod-episod. Ceritanya bermula episod 1 hingga episod 519. Tak sanggup aku nak baca. Dalam diam, aku kagum juga pada hubby sebab boleh habiskan hingga jilid terakhir. Aku pun tak tahu entah berapa tahun dia ambil masa untuk habiskan semua komik tu.

Beberapa minggu lepas, hubby sanggup turun ke Ipoh semata-mata nak mencari Jilid yang belum dimilikinya. Kini semuanya telah lengkap. Kalau aku nak majalah apa-apa, boleh je ditangguh-tangguh dulu. Pernah hubby suruh aku cuba baca komik yang ada. Best katanya. Huhu...oh tidak!!! Aku tak minat langsung bila buka tengok, macam buku kanak-kanak ribena.

Masa duduk asrama dulu, hari Sabtu tengahari, semua budak lelaki tidak kelihatan berlegar-legar di padang atau koridor asrama. Apabila ditanya ke mana mereka, rupanya semuanya sedang asyik menonton cerita kartun Dragon Ball. Aku tergelak dengar jawapan tersebut. Best sangat ke cerita tu? Sampai sekarang aku tak pernah tengok lagi walaupun ada ditayangkan di Astro.

Begitulah gigihnya minat seseorang terhadap komik. Yang hairannya, aku syorkan baca buku atau majalah yang lebih berilmiah, asyik kata nanti dan nanti...Bila nanti tu akan tiba agaknya? Tapi...jangan tak tau, novel boleh pula layan. Dalam hati ada taman. Rupanya selain remaja, wanita, ramai juga lelaki yang minat baca novel.


Ranking: 5

31 comments

1 Februari 2012 3:27 PTG

Perghh.. Memang gigih tu! Koleksi lengkap!

1 Februari 2012 3:27 PTG

izan pun tak pandai baca komik...

kagum dgn org yg kumpul buku komik dari mula sampai akhir ni. kalau dah minat mmg sanggup buat apa saja... hehe...

1 Februari 2012 3:52 PTG

kak... saye pun peminat komik2 sebegini hahahahaha :P
saye ngan adik beradik gemar bace komik yang dari Jepun n China hehehehe...
bace la kak.. best ahaks..
ape pun saye kagum sebab walaupun akak tak minat, tapi akak tak halang hobi husband akak :)

1 Februari 2012 4:20 PTG

Tak suka baca komik, tapi suka tgk citer dragon ball ni.

1 Februari 2012 4:28 PTG

dulu ada juga koleksi lengkap komik ini.
dan komik-komik lain juga.
habis dimakan anai-anai.
sedih.

1 Februari 2012 4:34 PTG

Ala..
sayangkan komik2 tu..
Kenapa biarkan makhluk perosak tu merosakkan
komik2 tu...?

1 Februari 2012 4:34 PTG

Ya ka?
best tak ceritanya?

1 Februari 2012 4:38 PTG

Laa, ya ka? bagus sungguh.
Nak baca kena ada minat juga. Tengok banyak sangat, kalau mula baca nanti, agaknya tahun bila boleh habis?
Terima kasih.

1 Februari 2012 4:40 PTG

Betul tu Izan.
Lautan api sanggup direnangi..(dalam mimpi je la..hehe)

1 Februari 2012 4:40 PTG

Yup!!
Lengkap!

1 Februari 2012 9:24 PTG

salam..
setakat nih selain baca Al-Quran
saya baca STAR dan blog saja nih
tak de masa nak buka buku lagi dah

1 Februari 2012 9:44 PTG

W'salam.
Terbaik tu..

1 Februari 2012 11:01 PTG

dulu saya minat mengumpul dan membaca komik dewata raya dan alam perwira.

1 Februari 2012 11:02 PTG

hehe aku pon ada koleksi komik, Lingkaran Terkunci bil. 1 - 99(episod akhir).. dragon ball pon minat tapi tak cukup semua koleksi tu,

1 Februari 2012 11:03 PTG

abang aku kumpul alam perwira dan jejak wira.. abah aku kumpul raja rimba,

2 Februari 2012 12:27 PG

wallawehhhh.. bersusun komik mutiara naga! kalo anak saya dpt ler, habissss hehehe ^_^ (btw, ur last comment xnak kuar pulak, xtau knp? system discus down errrrrrr)

2 Februari 2012 12:37 PG

koleksi kesyangan aku... sailor moon .. slam dunk....detective conan.. Great Teacher Onizuka (GTO)..... sin chan... :) .....

2 Februari 2012 6:31 PG

wahh, pinjam. pinjammm..

2 Februari 2012 9:32 PG

Lelaki lebih ramai minat komik kan..

2 Februari 2012 9:39 PG

Wahh..
lagi banyak ni..
syabas...rajin sungguh membaca.

2 Februari 2012 9:42 PG

Anaknya umur berapa? Kalau rosak, sayang tu..
Nasib baik anak saya tak pernah usik buku tu,
dia dah ada bukunya sendiri.

p/s:Ya ka?

2 Februari 2012 9:43 PG

Sailor moon tetap yang pertama dari dulu..
setia sungguh dengan sailor moonnya..
Wah..ada koleksi lain juga.
Syabas...syabas..

2 Februari 2012 9:44 PG

Boleh aja...
boleh minta pada tuan punya buku..hehe...

2 Februari 2012 2:15 PTG

wahhh. dlu ade jgk buku dragon ball ni. full episode. tp skng xthu ltk mne. sygnnyee. skng ni tngok kt tv je dragon ball. tu pn setngh jam. xpuas nk tnggu soknye smbungn ape. denngg. hahaha!

2 Februari 2012 4:45 PTG

Saya tidak berminat membaca komik yang bersiri kerana cepat bosan. :-)

3 Februari 2012 3:13 PG

Itu la kan,
manusia sungguh berbeza.

3 Februari 2012 3:16 PG

Wahh, sampai dah tak tau letak mana ye. Hairan jugak ni, dah ada komik pun masih tengok tv lagi?

3 Februari 2012 6:58 PG

suami saya pun suka dragon ball ni..tapi dia tengok yg kat tv la...tak bergerak kalau dah dapat tengok cerita tu..huhu..sabau jela..

3 Februari 2012 12:53 PTG

hehehehehe... ada juga manusia yang sealiran dgn teman...
masa CNY hari tu... teman dok layan ASTRO 616 dari 4ptg sampai 8mlm... utk 5 hari berturut2.... Hubby awak ada tak koleksi videonya...

3 Februari 2012 4:09 PTG

Ya ka?
Secara kesimpulannya,
memang lelaki suka kot no cerita ni..

3 Februari 2012 4:11 PTG

Bukan sekadar ada,
memang ramai pun.
Videonya tak ada la..

Catat Ulasan

Ruangan santai

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved