Twitter, Burung Terbang Dalam Blog.

on Khamis, Mac 31, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Permintaan dari black_mel supaya aku membuat tutorial burung Twitter yang terbang di dalam blog seperti di sini. Tutorial ini khas untuk blogspot.

Caranya:
1. Sila tukarkan link twitter di bawah ini pada link twitter anda.

<script src="http://techgyo.com/wp-content/FlyingTwitbird/tripleflap.js" type="text/javascript"></script> <script type="text/javascript">// <![CDATA[
var birdSprite="http://techgyo.com/wp-content/FlyingTwitbird/birdsprite.png"; var targetElems=new Array("img","hr","table","td","div","input","textarea","button","select","ul","ol","li","h1","h2","h3","h4","p","code","object","a","b","strong","span"); var twitterAccount = "http://twitter.com/techgyo";var tweetThisText = "Twitter - techGyo http://www.techgyo.com/";tripleflapInit();
// ]]></script>
<a id="theBird" style="display: block; position: absolute; width: 64px; height: 64px; background-image: url(http://techgyo.com/wp-content/FlyingTwitbird/birdsprite.png); background-attachment: initial; background-origin: initial; background-clip: initial; background-color: transparent; z-index: 947; left: 0px; top: 587px; background-position: 0px 0px; background-repeat: no-repeat no-repeat;" href="http://twitter.com/techgyo" target="_blank"></a>
<a id="theBirdLtweet" style="position: absolute; background-image: url(http://techgyo.com/wp-content/FlyingTwitbird/birdsprite.png); background-attachment: initial; background-origin: initial; background-clip: initial; background-color: transparent; width: 58px; height: 30px; z-index: 951; left: 49px; top: 583px; display: none; opacity: 0; background-position: -64px 0px; background-repeat: no-repeat no-repeat;" title="tweet this" href="http://twitter.com/home?status=Twitter%20-%20techgyo%20http%3A//www.techgyo.com/" target="_blank"></a>
<a id="theBirdLfollow" style="position: absolute; background-image: url(http://techgyo.com/wp-content/FlyingTwitbird/birdsprite.png); background-attachment: initial; background-origin: initial; background-clip: initial; background-color: transparent; width: 58px; height: 20px; z-index: 952; left: 54px; top: 613px; display: none; opacity: 0; background-position: -64px -30px; background-repeat: no-repeat no-repeat;" title="follow me" href="http://twitter.com/techgyo" target="_blank"></a>


2. Anda hanya copy coding diatas dalam html blog anda. Copy dan paste sebelum </body> dan klik save.

Bagi pengguna Wordpress, anda boleh rujuk di SINI.
Kredit: Haru (http://cdiqlife.com)

Banjir di Perlis 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Tahun lalu, pada bulan Mac dan April merupakan bulan yang panas terik dengan cuaca yang membahang. Tidak kira siang mahupun malam, keadaan di utara tanah air tetap panas tetapi berlainan pula yang berlaku pada tahun ini. Cuaca yang dahulunya panas terik telah berubah keadaan menjadi musim hujan dan yang lebih buruk lagi mengakibatkan banjir.

Inilah keadaan yang berlaku di Kampung (Perlis) sejak hujan turun beberapa hari yang lalu tanpa henti. Gambar tersebut diambil pagi tadi di depan rumah dan diposkan oleh bapa mertuaku yang merupakan staf Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis melalui Facebook.

Menurut beliau, sejak petang tadi terdapat seramai 13 buah keluarga (mangsa banjir) yang telah berpindah dan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Abi. Kawasan yang terlibat dengan banjir adalah Bintong, Sena dan Santan. Paras air sungai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan Sungai Korok di utara Perlis melepasi paras bahaya dengan ketinggian 29.80 meter sejak jam 9 pagi tadi.

Aku dan keluargaku sudah merancang sejak sebulan yang lalu untuk balik ke kampung pada awal bulan ini iaitu hari Jumaat ini. Harap-harap hujan lebat tidak berterusan dan air sungai dapat surut segera. Nak balik kampung...

Banjir Hujung Tahun Lalu di Perlis.
Peristiwa Selepas Banjir...hak milik siapakah ini?

5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

on Rabu, Mac 30, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Projek ini dicetuskan oleh Bro Denaihati dan bertujuan untuk membina NETWORK BLOGGER yang besar, menambah kenalan dan memberi kesan trafik yang menakjubkan jika ramai blogger yang turut serta. Dalam projek ini, blogger dikehendaki menyenaraikan 5 blog yang paling kerap dilawati sepanjang 2011. Sebenarnya hampir keseluruhan senarai bloglist akan aku kunjungi untuk melihat up date terkini. Bagi menyahut matlamat ini, aku akan senaraikan 5 blog utama yang sering aku kunjungi diikuti 15 blog yang lain.

Antara blog yang kerap aku kunjungi adalah:

Semua Menjadi Satu - Blog yang sarat dengan informasi berkaitan SEO, pendidikan, tutorial blog, pengalaman dan isu semasa dan kekeluargaan.

Zulkbo - Penuh dengan isu semasa, politik, kekeluargaan, wanita, kerohanian/ keagamaan dan tips SEO.

Ideas.Think.Share - Blog berkaitan pengurusan dan kepimpinan, idea dan pandangan peribadi, tutorial dan juga tips SEO serta blogging.

Republic guaOtai. - Pakar design header dan banner blog, sarat dengan kisah hidup peribadi dan masyarakat sekeliling di samping isu semasa.

Blog Mohd Isa - Banyak tips SEO, advertorial, blogging dan computer.

Bagi mencapai matlamat ini, aku memohon kerjasama pada 14 blogger yang disenaraikan di bawah untuk membuat entri khas bertajuk “5 blog paling kerap dilawati 2011”.
Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu menyenaraikan 5 blog yang paling kerap anda lawati sepanjang 2011. Kemudian di dalam entri tersebut sila senaraikan juga 10 teman blogger anda yang juga anda ingin mereka ikut serta dalam projek ini. Selepas itu anda boleh tinggalkan link di ruangan komen entri 5 blog paling kerap dilawati 2011 (di blog Denaihati).
Selain 5 blog di atas, blog-blog lain yang sering aku kunjungi adalah
zikrihusaini.com,
Semekar Kasih,
Sharing is Power,
Suara Bawah Tanah,
Lagenda Mahsuri,
1221steps,
Hidup Biar Sedap,
BICARA OZZY,
AKUANAKPAHANG,
Anak Ulu Cheka,
my etech9[dot]com,
bicara kehidupan,
KARIPAPSAYUR,
CUTE MUM - My Cute Little Diary.....

dan semua teman blogger yang tidak disenaraikan di sini. Sebenarnya masih banyak lagi yang ingin aku senaraikan. Kalau boleh, satu bloglist aku nak letakkan di sini. Terima kasih juga kepada bro Kulanz sebab memasukkan blog ni dalam senarai blognya.

Inikah SEO?

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Sekadar percubaan dan sedikit kaji selidik. Entry tentang Datuk Siti Nurhaliza Mengandung telah dipost semalam. Setelah selesai proses ping entry tersebut, aku try check Stars > Overview > Now. Terkejut juga aku tengok, tak sampai 5 minit, sudah ada 17 pageview walaupun hanya silent reader. Alhamdulillah.

Itu baru cerita sikit dalam blog yang orang susah nak pandang sebelah mata pun, di samping menumpang trafik blogger popular lain. Memang banyak dan melimpah ruah la rezeki blogger yang mengeluarkan entry tentang dunia artis dan blog khusus untuk artis.

Kuat juga rupanya tarikan tentang dunia artis ni tambah-tambah apabila adanya gosip panas yang di buat. Begitu juga dengan isu politik. Memang satu kerugian bagiku kerana jarang mengeluarkan entry panas dan sentiasa orang cari kerana kurangnya minat dalam bidang tersebut. Susah juga nak bermain dengan SEO jika keadaan berterusan macam ni kan. Boleh ke nak dapat Trafik Organik ni? Sekadar mencuba...

Itulah yang dikatakan menulis ikut sedap hati, tangan dan idea apa yang ada. Atau dengan kata lain, "Aku Masih Di sini".

p/s: Anak kecil pada kawan lamaku telah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan, Perak akibat sawan. Doakan keselamatan dan kesihatan anaknya.

Datuk Siti Nurhaliza Mengandung?

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza? Khabar-khabar angin mengatakan Datuk Siti mengandung tetapi beliau menafikannya. Mana satu yang betul ni?

Kalau tengok dari pemakaiannya, nampak macam mengandung atau mungkinkah baju yang dipakainya memyebabkan terjadi sedikit buncit? Aku jarang mengikuti perkembangan dunia artis. Aku terbaca berita ini di blog BeautifilNara. Nak tau lebih lanjut, sila terjah ke blog Beautifulnara.com

Cendol Dan Peralatan Tradisional

on Selasa, Mac 29, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Pasti ramai antara anda merupakan penggemar Cendol. Dengan rasanya yang enak, sedap dan lemak manis (walaupun aku tak pernah makan-sungguh rugi), cendol menjadi kegemaran ramai di kala cuaca panas dan sesuai untuk menghilangkan dahaga dan panas badan. Namun berapa ramai antara kita yang tahu dan kenal dengan peralatan tradisional untuk membuat cendol?
Hak milik keluarga sejak turun temurun.

Anda mungkin bernasib baik jika dapat melihat sendiri peralatan yang hampir pupus dan semakin ditelan zaman ini. Peralatan tradisional ini diperbuat daripada tempurung kelapa yang ditebuk lubang-lubang halus. Cara menebuknya juga harus teliti dan cermat kerana tempurung tersebut mungkin akan retak dan pecah jika tersalah teknik. Setelah selesai menebuk lubang, tempurung kelapa tersebut akan diikat dengan rotan supaya tahan lebih lama. Rotan yang diikat juga dibuat panjang bagi memudahkan pengguna untuk meletakkannya di atas bekas atau baldi untuk menapis cendol tanpa perlu memegangnya.
Masih ada sesetengah generasi lama menggunakan peralatan tradisional ini tetapi tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai barang perhiasan atau barang antik. Generasi sekarang lebih suka menggunakan penapis yang lebih besar dan boleh memasukkan bancuhan cendol dengan kapasiti dan jumlah yang banyak. Tak kurang juga pada mereka yang berniaga secara besar-besaran dengan menggunakan teknologi mesin bagi menjimatkan masa dan kos.

Rasanya peralatan untuk membuat cendol ini tidak lagi digunakan dalam jangka masa yang panjang kerana ianya ditempatkan di atas bumbung rumah mertuaku. Nampak tak gambar kedua tu? Diambil dua tahun lepas terus dari atas zink dan terselit antara dua kayu. Sekarang ini, aku tidak pasti masih adakah peralatan ini kerana semua keadaan dalam rumah telah berubah dengan penambahan tiles dan siling.

Entri Lama:
Kukoq Nyok
Permainan Orang Utara

Contest Hadiah Misteri Paklong.

on Isnin, Mac 28, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Untuk maklumat semua, Paklong Sifu ada membuat contest sulungnya. Nak tau lebih lanjut, sila klik banner di atas. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 April 2011.

Soalan yang perlu dijawab:
1. Apakah slogan Bandar Taiping?
2. Lengkapkan pantun berikut :

Anak itik di dalam timba,

Anak ayam di atas meja,

……………………………………

……………………………………

Walaupun dah 5 tahun tinggal di Perak, tapi aku jarang ambil tahu tentang hal ehwal Perak. Tapi kalau bab jalan-jalan (cuti-cuti Malaysia) dalam Perak, dah banyak tempat pelancongan yang aku pergi.

Jawapannya:
Bandar Taiping dikenali juga sebagai
Bandar Warisan
.

Anak itik di dalam timba,
Anak ayam di atas meja,
Perkara yang baik elok kita cuba,
Jangan biar terlepas begitu saja.

Pada anak jati Perak, elok sangat la sertai contest ini kerana anda lebih arif tentang tanah tumpah darah (warga Perak) tapi tak salah juga kalau warga blogger di luar Perak nak join sebab syaratnya harus ada blog. Jadi, jom kita memeriahkannya.

Sifat 20

on Ahad, Mac 27, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Kali ni Along nak masuk blog ibu.


Anak aku ni dah tak sabar-sabar nak masuk Tabika dengan semangat yang berkobar-kobar tapi belum diizinkan oleh abahnya. Kata abahnya, umur masih muda lagi, baru 3 tahun 4 bulan pada Januari lepas.

Namun begitu, Alhamdulillah, aku dah ajar perkara yang mudah disebut. Sebelum aku melahirkan dia, aku berazam untuk buat eksperimen pada anakku ini. Boleh ke dikatakan eksperimen? Kata orang, membaca Quran semasa mengandung, menyusu dengan susu ibu, makan makanan sunnah (kurma, kismis, delima) di samping doa-doa dan amalan-amalan lain membuatkan anak pintar. Aku berusaha untuk menyusu sepenuhnya dalam 2 tahun dan dalam usia 2 tahun setengah, dia tidak lagi memakai pampers dan tidak pernah kencing tilam. Aku juga merancang untuk menghantar ke Tabika seawal 3 tahun. Namun apakan daya, aku hanya mampu merancang.

Oleh kerana aku tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa, aku menghabiskan masa dengan menulis blog dan mengajar anakku serba sedikit ilmu yang mudah untuk dihafal. Syukur Alhamdulillah, walaupun tak sehebat anak Ustaz (usia 3 tahun dah boleh baca Quran), anakku dah boleh baca Alif Ba Ta, Sifat 20, doa makan, doa tidur, mengira, kenal jenis warna dan nama binatang. Cuma ada sedikit masalah jika mengira dalam bahasa Melayu dan sebutan ABC, pasti ada yang tertinggal. Harap-harap, dia boleh ikut apabila mula belajar di Tabika nanti (mungkin tahun hadapan).

Kadang-kadang aku risaukan tentang satu perkata berkenaan anakku ini. "Banyak Akai", kata orang Kedah. Kalau dia nakkan sesuatu, nak jugak-jugak. Kalau tak dapat, menangis guling-guling dibuatnya, ambil masa yang lama pulak tu, susah nak dipujuk melainkan dapat apa yang dia nak. Nak kena berikhtiar dan cari ubatnya ni.
Sekian dulu untuk kali ini...

Entry lama:
Sedikit Renungan Di Celah Kesibukan Kita Setiap Hari.

Pertandingan Artikel Terbaik Pilihan Junko

on Sabtu, Mac 26, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Masuk Geng Blogger tadi terjumpa contest yang dianjurkan oleh Junko. Untuk minggu terakhir, Junko membuka semula kontest ini sehingga tarikh akhir yang ditetapkan. Cepat..cepat, tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Nak tau syarat-syaratnya, boleh jengok SINI.

Sepanjang aku berblog ni, rasanya tak ada artikel yang betul-betul menarik dan tak tau mana satu nak dipilih tapi ku pilih juga untuk masuk pertandingan ni.

Kalau nak tau kisahnya, sila klik di sini,
"Mengimbau Kenangan Silam 1 Ramadhan"

Tarikh tutup 29 Mac 2011 dan akan diumumkan pada 1 April 2011.Justify Full

Hasil Ultrasound

on Jumaat, Mac 25, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Minggu lepas aku telah ponteng ke Klinik Kesihatan. Sengaja ponteng sebab my hubby kadang-kala kerja jauh dan ada ketikanya ada breakdown dan perlu diselesaikan secepat mungkin. Jadi awal-awal lagi aku dah berbincang untuk tidak hadir pada tarikh yang ditetapkan oleh jururawat. Biasanya rawatan ditetapkan pada hari Isnin dan Rabu.

Akibatnya, aku mula fobia setiap kali telefon rumah berdering. Dup dap..dup dap..debaran jantung terasa. Ya la, kalau ada naik nombor telefon, tak la aku se"fobia" ini. Setiap kali telefon berdering, kalam kabut aku mencari alasan sebab ponteng klinik. Mula la hidupku tidak tenteram menunggu panggilan telefon dari klinik.

Tiga hari selepas itu, panggilan yang ditunggu-tunggu pun tiba. Nasib baik panggilan dibuat melalui handphone, boleh la aku bersedia dengan jawapan. Aku terpaksa menipu mengatakan aku masih berada di kampung sejak cuti sekolah dan belum pasti bila akan pulang semula ke Perak. Kalau aku katakan aku dah malas nak ke klinik, risau juga kalau-kalau jururawat tu rajin untuk membuat Lawatan Rumah. Sejak aku terima panggilan dari klinik tu, lega rasa hati.

Oleh kerana bekalan ubat dah nak habis, baru aku terasa nak ke klinik tapi bukan ke klinik kerajaan. Nasib baik TNB sediakan panel klinik, itulah pilihan yang aku ada. Kalau dah free, siapa yang tak nak kan? Lagipun jimat masa menunggu. Suka-suka hati dan bila-bila masa saja ikut masa terluang untuk check up. Lagipun doktor tu dari Hospital Kerajaan juga dan yang pastinya doktor perempuan. Tak la malu sangat bila nak scan atau ultrasound.

Pemeriksaan kandungan di klinik panel dibuat sama seperti di klinik kerajaan. Mula-mula check urine, tekanan darah, timbang dan scan. Namun ada perbezaan antara klinik kerajaan dengan klinik panel.

Klinik kerajaan
Perlu mengambil nombor giliran dan menunggu lama (jika ramai pelanggan). Setiap tiga minggu perlu ke klinik untuk berjumpa jururawat dan sebulan sekali perlu ambil darah dan berjumpa Doktor. Selalunya doktor lelaki. Masa yang ada untuk menunggu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pengisian. Sesetengah klinik (di Kedah) ada memberikan penerangan yang berkaitan dengan kehamilan, penyusuan, HIV dan sebagainya tapi malangnya di klinik tersebut, tiada pengisian sebegitu. Jururawat ramai tapi sibuk dengan tugas masing-masing.

Klinik Panel
Selalunya akan telefon klinik dan bertanya samada doktor ada atau tidak pada hari dan masa tersebut. Jimat masa menunggu. Setiap kali temujanji, terus berjumpa doktor dan tak perlu lagi melalui jururawat. Selesai urusan pemeriksaan, ambil ubat dan terus balik.

Inillah hasilnya...
Dari pengalaman lalu kalau di klinik kerajaan, hanya boleh lihat je gambar di scren dan hanya graf bernombor sahaja yang diberi. Di klinik panel, nak gambar kecil atau besar, doktor akan print dan boleh bawa balik ke rumah. Puas hati boleh tengok gambar baby.

Dengan usia kandungan 16 minggu iaitu lebih kurang 4 bulan, Alhamdulillah semuanya ok. Menurut doktor, kedudukan baby ni pelik sikit. Selalunya bayi akan berkeadaan terlentang ke atas tapi baby aku ni macam berkeadaan menunduk menghadap uri. Tapi tak perlu risau kerana kedudukannya akan berubah dan bergerak dari semasa ke semasa. Ukuran dan lilit kepala bayi sesuai dengan usia kandungan.

Temujanji seterusnya, sebulan akan datang. Pesan doktor, jangan lupa telefon dulu sebelum datang.

Masih Ingat Minuman Sarsi?

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Malam ni my hubby balik kerja lewat dan akan pergi semula untuk bermain badminton (aktiviti mingguan) tapi sempat lagi aku pesan sesuatu namun hampa seketika.
Malan ni tengok dulu gambar google sebab minuman yang dicari (kata my hubby) belum dijumpai. Agak-agaknya minuman Sarsi keluaran F&N ni ada lagi tak sekarang ni. Maklumlah, dah lama aku tak keluar window shopping dan dah lama tak rasa minuman Sarsi ini. Tiba-tiba malam ni terasa nak minum sangat-sangat.

Memang betul-betul tak jumpa ke atau saja-saja bagitau tak jumpa atas beberapa sebab?
Aku buat kesimpulan sendiri:

1. Mesti tak nak cari sampai jumpa sebab dah kesuntukan masa nak berlatih badminton.
2. Ke tak nak bagi minum minuman bergas ni sebab pregnant?

Harap-harap esok dapat jumpa air Sarsi ni. Nak rasa sikit saja kalau tak benarkan ku minum semua. Meleleh air liur kalau tak dapat nak rasa. Tapi ok juga kalau dapat minum banyak. Cari la yang tidak bergas.

Bukan selalu pun minum minuman macam ni. Kalau tak silap, kali terakhir beli air Sarsi ni masa zaman sekolah dulu-dulu dan kadang-kala beraya dari rumah ke rumah ada juga dihidangkan dengan air Sarsi. Setahun sekali pun susah nak minum sebab tak suka sangat minuman bergas, manis pula tetapi entah mengapa, tiba-tiba tekak ni terasa nak minum air Sarsi.

Terasa seperti jarum jam lambat bergerak untuk menanti hari esok.

Entry lama:
Peria Goreng

Peria Goreng

on Khamis, Mac 24, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Tiba-tiba saja my hubby beli peria setelah sekian lama tak makan peria. Inilah hasilnya walaupun hanya masak secara ringkas. Beli sebiji peria tapi hanya masak separuh sahaja untuk 2 orang makan. Selalunya orang akan letak udang tetapi kali ini berlainan sedikit. Aku letakkan isi ayam.

Bahan-bahannya:
1/2 biji peria (hiris nipis dan rendam dengan air garam lebih kurang setengah jam, bilas dan toskan)
isi ayam (gihiris kecil)
1 biji cili merah (hiris menyerong)
1 biji cili merah - ditumbuk
2 biji bawang merah - ditumbuk
1 biji bawang putih - ditumbuk
sedikit gula (jika perlu) dan garam secukup rasa.

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan yang ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau seketika.
4. Masukkan cili merah dan buah peria yang dihiris. Gaulkan sebati dan tutup seketika agar hirisan peria menjadi lembut.
5. Siap dihidang.

Maaf Di atas Kecuranganku!

on Selasa, Mac 22, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Tanggal 22 Mac 2011.
Hari ini akan aku bongkarkan segala ketidakpuasan hatiku padamu. Setelah kita hidup bersama untuk beberapa tahun, aku terlalu setia padamu. Tidak terniat dihatiku untuk menduakanmu walaupun kadang-kala ada terdetik di hati. Namun, sampai bila harus ku tanggung derita ini? Adilkah untukku?

Biarpun kau megah dipersada maya, bagiku kau hanyalah indah khabar dari rupa. Kesetiaanku selama ini tidak kau hargai. Namun begitu, terima kasih ku ucapkan di atas sisa-sisa keprihatinanmu selama ini.

Walaupun tika ini aku masih ada sedikit perasaan sayang padamu, hargailah sisa-sisa kasih yang ada. Esok..lusa..minggu depan atau bulan depan, aku belum pasti akan sisa-sisa kasih ini kerana aku tidak tahu akan peristiwa yang bakal berlaku di hari depan.

Masih ku ingat lagi kenangan indah bersamamu suatu ketika dulu. Setiap minggu pasti ada kejutan yang sentiasa membuat aku bahagia bersamamu. Namun kini, kau sudah jarang mendampingiku lagi. Sudah hampir 2 minggu ku tunggu pemberian istimewa darimu namun penantianku hanyalah sia-sia belaka. Adakah jodoh kita hanya di sini? Aku pasrah atas segalanya.

Luahan hati ini tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Nampak tak iklan besar yang ada di sebelah kanan blog ini? Inilah yang dimaksudkan. Aku dah mula curang dengan Nuffnang. Suka hati kau lah Pak Cik Nuffnang oi, nak ambil balik ke tak status "gelihati" tu. Dah lama aku tunggu buffered earning tapi habuk pun tak ada. Dua minggu lepas, lagi beberapa sen nak boleh cash out, minggu ni baru cukup untuk cash out. Betapa susahnya nak tengok duit tu meningkat. Dua tahun lepas, setiap bulan boleh cash out, macam ada pendapatan tetap setiap bulan tapi kini, dah berjanggut tunggu, belum tentu boleh cash out. Kesetiaanku dah tergugat. Maafkan aku andainya kita terpaksa berpisah suatu hari nanti.

Aku baru saja letak iklan terbaru di sini apabila permohonanku minggu lepas telah diluluskan. Alhamdulillah, moga-moga ianya lebih baik dari Nuffnang. Masih baru dan dalam proses percubaan. InsyaAllah, jika ada berita baik, aku ku khabarkan di entry yang akan datang.

Ibnushukran: "Time Guess Contest"

on Isnin, Mac 21, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Atas jemputan IBNUSHUKRAN di shoutmix, aku teringin nak join contest pertama yang dianjurkan olehnya.
Nama contest ini ialah "Time Guess". Sebuah jam telah di gabung dengan banyak layer dan kita hanya perlu meneka waktu sebenar jam tersebut.

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :

1. Menjadi follower Ibnushukran (280).

2. Membuat entri mengenai ini beserta jawapan. Tajuk entri ialah IBNUSHUKRAN: "TIME GUESS CONTEST". Di dalam entri anda dikehendaki meletakkan banner "TIME GUESS"
dan link ke blog ini .

3. Tag at least 3 orang dan pastikan dia tahu.

4. Tinggalkan link anda di post comment.

Pembayang: jam dikiri mata, minit dikanan mata. Tarikh tutup : 20/4/2011


Jawapan: 11:05 minit.

Tag 3 orang rakan:

1. Zulkbo
(http://zulkbo.com)

2. Lieynanilaz
(http://lieynanilaz.blogspot.com)

3. perondajaketbiru74
(http://perondajaketbiru74.blogspot.com)

Pembaca juga boleh join contest ini jika berminat. Sila klik banner di atas.

Entry sebelum ini:
iPad Percuma Dari Denaihati
GA Special Dari Ar-rifke

Giveaway Special Dari Ar-rifke.com!! Khas Buat Anda, Ya Anda yang Sedang Membaca Entri Ini!!

on Ahad, Mac 20, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Dah banyak hari tak up date blog. Tiba-tiba terjumpa Giveaway ini di Forum Syoknya Blogging anjuran Ar-rifke, berminat pula nak sertai.

Cara menyertai Giveaway Special dari ar-rifke:

1. Buat 1 entri bertajuk “Giveaway Special dari ar-rifke.com!! Khas Buat Anda, Ya Anda yang Sedang Membaca Entri Ini!!” dan linkkan kepada entri ini.

2. Entri itu adalah bebas. Tetapi pastikan ada kaitan dengan:
* Pengalaman anda bercuti di Malaysia
* Nyatakan tempat percutian yang pernah anda pergi
* Sila selitkan cerita anda dengan cerita Percutian Paling Mewah Aried: RM40,000 3 hari 2 malam! ini.

3. Panjang entri adalah bebas! Pendek pun tak apa.

4. Pemenang akan ditentukan secara cabutan bertuah.

5. Tinggalkan link post anda di bahagian komen.

6. Tarikh mula giveaway ini ialah 13hb mac dan tamat pada 24hb mac! Sertai sekarang!!

Tambahan: Setiap penyertaan akan diberikan backlinks!! So, apa tunggu lagi? Cuba check blog ar-rifke.com ini PR berapa dan pasti anda mahukan backlinks dari blog ini juga.

Pengalaman bercuti dalam Malaysia.
Antara banyak-banyak percutian dalam Malaysia, percutian yang paling seronok pernah aku ikut adalah percutian ke Taman Negara, Pahang Darul Makmur. Bertolak dari Teluk Intan, Perak ke Kuala Tahan, Pahang memang meletihkan. Terpaksa menginap semalaman di Chalet Kuala Tahan untuk menghilangkan penat dan lenguh-lenguh badan akibat perjalanan jauh.

Pemandangan Pintu Masuk Taman Negara dari Kuala Tahan.
Keesokannya (pagi) baru bergerak dan menyewa bot untuk memasuki Taman Negara melalui sungai. Sebelum bertolak, kena ambil permit dan daftarkan berapa orang ahli yang terlibat untuk memasuki Tanam Negara. Kalau nak ke seberang sungai, RM1 dikenakan tetapi jika menyewa untuk mengelilingi Taman Negara, bayaran dikenakan mengikut pakej yang ditawarkan.

Kanopi Walk

Aktiviti untuk memasuki Taman Negara memerlukan seseorang yang sihat dan kuat untuk berjalan kerana kebanyakkan aktiviti adalah memasuki, memanjat dan merentas hutan. Jauh juga perjalanan yang perlu dilalui sebelum berjumpa Titian Kanopi ini. Banyak kali juga berhenti sebelum sampai ke Titian Kanopi ini. Perjalanan diteruskan dengan menempuh jeram sebelum sampai ke perkampungan orang asli.

Titian Kanopi

Percutian ini tak seberapa dan tak menelan belanja yang banyak jika dibandingkan dengan cerita Percutian Paling Mewah Aried: RM40,000 3 hari 2 malam! Mesti best kalau percutian itu adalah percutian mewah.

Pemesongan Akidah

on Jumaat, Mac 18, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

PENTING !

Mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh Saudaramu se-iman !!!

Waspadalah terhadap website di bawah ini:

1. www.answering-islam.org

2. www.aboutislam.com

3. www.thequran.com

4. www.allahassurance.com

Laman web tersebut tersebut telah sengaja dibuat oleh kaum Yahudi yang senantiasa gencar menyebarkan pemahaman yang salah tentang Al-Qur'an, Hadits dan Islam

Sekali lagi, mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh saudara Muslim di dunia.

Selalu waspada dan jeli terhadap semua sumber informasi tentang Islam yang ada di beberapa Islamic Website, meskipun kelihatannya sungguh meyakinkan.

Mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh Saudaramu se-iman !!!

Jika tidak...maka seluruh Muslim di dunia bisa saja mendapatkan informasi yang salah dan keliru tentang Islam, untuk itu dimohon agar dapat menyebarkan pesan ini segera setelah membacanya.

Entry copy paste dari CINA ISLAM (http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/mohon-sebarkan-kepada-saudara-saudara.html)

Sumpit Asli

on Khamis, Mac 17, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Jika disebut tentang SUMPIT, apakah yang terbayang di minda anda? Kalau sebut sumpit, aku akan terbayang tentang senjata yang digunakan oleh orang asli di Malaysia seperti contoh di bawah ini.

Gambar sumpit ni aku ambil semasa percutianku ke Taman Negara Pahang Darul Makmur pada tahun lepas. Sumpit ini digunakan oleh Suku Kaum Batek untuk mendapatkan sumber makanan iaitu dengan menyumpit binatang.

Menurut salah seorang kaum asli yang kami kunjungi berkata, sumpit tersebut akan diletakkan Getah Ipoh sebelum menyumpit binatang. Pokok Ipoh mempunyai getah beracun. Racun ini bertindak dengan serta-merta dan akan membunuh mangsa yang terkena sumpitan. Untuk mengelakkan keracunan kepada pemburu, bahagian daging pada mangsa perburuan akan dipotong dan dibuang.

Sebatang sumpit beserta peluru sumpitan berharga antara RM15 hingga RM30 bergantung pada kepanjangan, kelebaran dan kecantikan sumpit tersebut.

Setelah aku google "sumpit", benda lain yang keluar iaitu sejenis peralatan yang digunakan untuk makan atau lebih dikenali sebagai chopstick. Rupa-rupanya benda ini juga dipanggil sumpit.
Walaupun di rumahku ada kedua-dua jenis sumpit seperti di atas, namun aku tidak pandai menggunakan sumpit yang satu ini (Chopstick). Mungkin tidak diajar dan dilatih sejak kecil.

Itu sahaja yang ingin aku kongsikan bersama.

Giveaway Dari Enchik Nine

on Selasa, Mac 15, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Lagi satu Giveaway yang aku join, dianjurkan oleh Enchik Nine

Syarat-syarat yang ditetapkan oleh Enchik Nine:
1. Buat satu post yang mengandungi perkara berikut:
a. Imej di atas: http://bit.ly/fk2ahR (ok)
b. Review anda tentang blog ini. (ok)
c. Tag 2 rakan anda. (ok)
2. Follow, Like dan langgan kandungan dari sini. (ok)
3. Mempunyai sekurang-kurangnya dua ulasan / comment dalam blog ini. (ok)
4. Beri ulasan pada post ini memberitahu anda telah menyertai. (ok)
5. Itu sahaja!

Review Blog Enchik Nine:
1. Jom timbang berat blog dulu. Seperti yang dapat dilihat, blog Enchik Nine hampir-hampir mencapai berat maksima untuk sesebuah blog. Jangan terlebih dari 100KB ye. Loading pun masih ringan.

2. Alexa. Mungkin blog Enchik Nine masih baru, jadi trafik alexanya menunjukkan angka 1402650 dan site link sebanyak 4. Masih boleh diperbaiki.

3. Page Rank.
Page Rank untuk blog Enchik Nine masih lagi kosong.

4. W3C Markup Validation Servis. Markup Validation Servis menunjukkan blog Enchik Nine mempunyai 142 kesalahan dan 33 amaran dalam HTML namun ini tidak perlu dirisaukan.

5. Meta Tag Report.
Apabila diteliti dalam Report Meta Tag, analisis menunjukkan blog Enchik Nine mempunyai description yang terlalu pendek dan keyword tidak releven.

6. SEO Doctor.
Jika dirujuk pada Doktor SEO, nampaknya H1 dan H2 dalam blog Enchik Nine tidak di edit menyebabkan score menjadi 84% merah. Tak dapat teman nak tolong, kalau blogspot, InsyaAllah. Page Rank Flow pula menunjukkan ada link keluar.

7. Kesimpulan.

Kekurangan yang ada masih boleh diperbaik. Setelah digeledah blog Enchik Nine, aku dapati blog Enchik Nine tak ada butang "Home", "Sitemap" dan "Archive", juga tak ada Header seperti blog lain. Benda-benda ini amat penting untuk mencari atau menyemak semula entry lama. Namun begitu, aku suka dengan widget yang ada di sidebar blog beliau.

Aku Tag 2 orang blogger:
1. Zayani (http://nurulzayani.blogspot.com)
2. Ammboi (http://www.ammboi.com)

Tarikh tutup Giveaway : 19 Mac 2011

Update Bloglist 2011

on Isnin, Mac 14, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.


http://dulangdiyan.blogspot.com

Setiap hari aku akan tengok Bloglist Teratak Usang dan pastinya aku akan mengunjungi blog yang di update samada aku meninggalkan komen, jejak di shout box atau sebagai silent reader (bila rasa malas nak menaip).

Bloglist yang aku bina terdiri daripada Bloglist1, Top Bloggers dan Blog Dot Com. Jika ada masa, aku akan kategorikan url blog untuk blogger aktif komen dan blogwalking mengikut jantina, InsyaAllah. Niat di hati ingin mengumpul seramai dan sebanyak mungkin URL blogger aktif samada aktif mengarang entry, aktif blogwalking dan aktif meninggalkan komen.

Apabila diteliti senarai yang ada dalam bloglist tersebut, ada banyak blog yang tidak di update. Paling lama adalah 11 bulan lepas (dah hampir setahun tidak di update).

PERHATIAN!!
Pada tuan-tuan blog (blogger) yang dahulunya berminat atau minta ex-change link dengan Teratak Usang, sila up date blog anda atau tinggalkan komen di sini bagi memastikan anda (blogger menyepi) dan blog anda masih hidup. Ini kerana aku berhajat untuk remove blog yang sudah lama tidak di update kerana dikhuatiri blog tersebut menternak Virus yang berbahaya dan boleh bahayakan blog lain terutamanya laptop aku yang hampir tamat anti virusnya..

Pada blogger yang ingin atau berminat untuk ex-change link dengan Teratak Usang, pastikan anda fahami maksud EX-CHANGE LINK yang sebenar iaitu link anda diletakkan di bloglist Teratak Usang dan begitulah sebaliknya (Link Teratak Usang juga diletakkan di bloglist anda). Pastikan juga anda prihatin dan mengikut perkembangan update di bloglist anda. Jangan hanya jadikan bloglist di blog anda sebagai perhiasan semata-mata. Pada yang dah letak link Teratak Usang di bloglist juga, sila bagitau aku supaya aku juga dapat buat benda yang sama.

Aku berminat sangat-sangat untuk ex-change link dengan sesiapa sahaja yang ringan tangan meninggalkan komen di blog-blog yang dikunjunginya. INGAT!! Kunjungan anda di sini pasti akan dijejak kembali. Jadi, ringan-ringankan tangan anda untuk meninggalkan jejak beserta urlnya di sini.

Jangan Pandang Camera

on Ahad, Mac 13, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Petang kelmarin aku di Tag oleh Ahmad Zaki (http://smskey.blogspot.com/2011/03/jangan-pandang-camera.html) untuk join Contest Jangan Pandang Kamera yang dianjurkan oleh Dyanzjha. Sebenarnya sifat aku amat bertentangan dengan penganjur contest. Pantang jumpa kamera, mesti nak senyum depan kamera. Jadi terlalu susah untuk aku dapatkan gambar yang tak pandang kamera. Mungkin inilah satu-satunya yang ada dalam simpanan.

3 orang yang di Tag:
Fiza (http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com)
DgurLinReD (http://aszdgurlinred.blogspot.com)
LiFe KaMi (http://babycutekami.blogspot.com)

Tarikh tutup pada 15 Mac 2011, Selasa ini. Cepat sebelum terlambat.

Menuntut Wang Akaun Tidak Aktif.

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Jika anda masih ingat tentang Caj Perkhidmatan Agro Bank, ini merupakan kesinambungan entry tersebut.
Mamaku telah mengunjungi bank yang berkenaan dan telah disahkan bahawa akaun bank mamaku memang telah ditutup pada bulan Disember lepas kerana sudah 6 tahun akaun tersebut tidak aktif. Baki wang yang ada telah selamat dihantar ke Jabatan Akauntan Negara sebagai Wang Tak Dituntut.

Bagi mendapatkan semula wang tersebut, beberapa proses perlu dilaksanakan. Mengikut kata mamaku, mujur ada yang sudi membantu dalam mengisi segala borang yang diperlukan bagi menuntut wang tersebut. Borang permohonan boleh didapati di bank berkenaan, photostat dan isi segala borang dan juga dokumen yang diperlukan dan pos ke Jabatan Akauntan Negara.

Pada anda yang mengalami nasib yang sama iaitu akaun bank tidak aktif dan wang telah di hantar ke Jabatan Akauntan Negara, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk menuntut semula wang anda.

Bayaran Balik Wang Tak Dituntut - Tuntutan Oleh Individu

Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan kepada pejabat Pendaftar oleh pihak yang menuntut :

1. Satu borang UMA-7 yang telah siap diisi dan ditandatangani;
2. salinan fotostat kad pengenalan pihak menuntut yang telah disahkan;
3. dokumen asal yang menunjukkan hak kepunyaan WTD; (umpamanya buku akaun bank, waran dividen, sijil simpanan tetap); dan
4. salinan mukasurat buku akaun atau penyata bank tempatan yang mengandungi maklumat pemegang akaun dan nombor akaun yang telah disahkan. Pemohon perlu memastikan akaun tersebut masih aktif kerana bayaran akan dikreditkan terus ke akaun pemohon.

Dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan bagi tuntutan oleh individu :

1. Jika pihak yang menuntut tidak dapat menyerah dokumen asal yang menunjukkan hak kepunyaan WTD sepertimana yang ditetapkan dalam perenggan iii) di atas, beliau perlu memperolehi surat pengesahan yang menunjukkan butir-butir terperinci terhadap wang yang ingin dituntut dari syarikat atau firma yang telah menyerah WTD itu kepada Pendaftar.
2. Warga negara asing yang membuat tuntutan perlu mengemukakan salinan mukasurat pasport yang telah disahkan mengandungi nombor pasport, nama negara yang mengeluarkannya, nama dan gambar pemegang pasport dan juga muka surat yang menunjukkan tempoh sah laku pasport tersebut.
Bagi warganegara asing yang tidak mempunyai dokumen pasport, surat kuasa sah lain yang mengesahkan pengenalan dirinya perlu dikemukakan.
Bagi warganegara Singapura, salinan kad pengenalan yang telah disahkan boleh dikemukakan.
3. Jika pihak yang menuntut bukan empunya asal wang tetapi mempunyai hak di sisi undang-undang terhadapnya, beliau dikehendaki mengemukakan dokumen bukti yang menunjukkan hak berkenaan.

Dokumen yang boleh diterima termasuk :
o Surat Kuasa Mentadbir
o Sijil Pemberian Probet
o Surat Wakil Kuasa
o Borang E / F menurut Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955
o Perintah Mahkamah
o Sijil Faraid
o Pengesahan oleh syarikat atau firma bahawa simati telah membuat penamaan waris

4. Akaun simpanan kanak-kanak (bawah umur) yang dikendalikan mengikut tatacara pegangan amanah
Di mana akaun seseorang kanak-kanak dikendalikan oleh seorang individu sebagai pemegang amanah, tuntutan bayaran balik hanya boleh dilakukan oleh pemegang amanah yang dimaksudkan itu melainkan kanak-kanak itu telah mencapai umur 18 tahun pada masa tuntutan dibuat (umur 12 tahun bagi pemegang akaun Bank Simpanan Nasional).

Tuntutan-tuntutan sepertimana berikut memerlukan Borang Bon Gantirugi (UMA-8) yang perlu diisi dan dimatikan setem hasil RM10.00 :

1. Jika pihak yang menuntut dimana tuntutan oleh waris tanpa sijil pemberian probet atau surat kuasa bagi amaun tidak melebihi RM2,000.00; atau
2. kes tertentu tertakluk atas budi bicara Pendaftar WTD.

Pengesahan bagi semua salinan dokumen sokongan boleh dilakukan oleh individu-individu warganegara Malaysia sepertimana berikut :

1. Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
2. Penghulu atau Penggawa atau Pengerusi JKKK
3. Pegawai Daerah
4. Ahli Dewan Undangan Negeri
5. Ahli Parlimen
6. Pesuruhjaya Sumpah atau Jaksa Pendamai

Pendaftar WTD berhak meminta apa-apa dokumen yang diperlukan untuk membuktikan tuntutan tersebut adalah sah dan benar walaupun permohonan lengkap diterima.

Amaun WTD yang akan dipulangkan oleh Pendaftar adalah amaun yang telah diserahkan oleh syarikat atau firma tidak termasuk sebarang faedah terakru keatas wang tersebut.
Sumber: Jabatan Akauntan Negara (http://www.anm.gov.my/public_html/bm/default/wt7.php)

Proses untuk menuntut wang akan mengambil sedikit masa (lebih kurang seminggu) dan kos yang terpaksa ditanggung sendiri oleh penuntut wang. Oleh itu, jika anda ingin menuntut wang anda, pastinya jumlahnya berbaloi untuk dituntut.

Putihmerahbiru 1st Giveaway.

on Jumaat, Mac 11, 2011


Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Musim kemarau minda telah tiba, jadi untuk tidak membiarkan ianya terus usang, maka dengan sukacitanya aku nak join giveaway yang dianjurkan oleh Cik Syuhada.


Syarat-syarat yang ditetapkan:

1) Follow blog putihmerahbiru.blogspot.com
(follower ke 194)
2) Buat 1 entri tentang giveaway ni (ok)
3) Letak pic di atas dlm entri n sidebar (optional)
4) Antara putih,merah dan biru. Mana pilihan kamu?
Mesti la pilih biru sebab biru melambangkan perpaduan.
4) Tag 2 orang kawan dan pastikan mereka tahu.
~ pak long (http://paklongsifu.blogspot.com)
~ intan izani (http://intanizani.blogspot.com)
5) Letakkan link entri anda di bahagian komen blog putihmerahbiru.blogspot.com (ok)

Tarikh tutup penyertaan: 30 Mac 2011, 11.50 malam.
Ada 5 hadiah misteri pada yang bertuah.

Contest Yang Sedang Berlangsung:
Anjung Streamyx


Caj Perkhidmatan Agro Bank.

on Khamis, Mac 10, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Pada Disember tahun lepas, ada surat untukku sewaktu aku balik ke kampung yang bertarikh 11 November 2010. Menurut surat tersebut, caj perkhidmatan tahunan akaun simpanan akan dikenakan jika tidak aktif melebihi 12 bulan sebanyak RM10.00 setahun pada 15hb. Disember setiap tahun.

Jumlah tersebut akan ditolak daripada akaun simpanan seperti berikut:

a) Akaun yang berbaki RM10.00 dan ke bawah yang tidak aktif, caj perkhidmatan dikenakan dan akaun tersebut akan ditutup.

b) Akaun berbaki melebihi RM10.00 yang tidak aktif, caj perkhidmatan dikenakan sebanyak RM10.00 setahun sehingga lebihan baki simpanan dihantar ke Jabatan Akauntan Negara sebagai Wang Tidak Dituntut seperti mana yang termaktub di dalam Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Pindaan 1989).

Oleh kerana akaun aku tidak aktif selama 3 tahun dan baru pertama kali aku mendapat surat ini, aku telah mengaktifkannya minggu lepas dan caj perkhidmatan dikenakan sebanyak RM10.00.

Mama aku juga telah mendapat surat yang sama pada tarikh yang sama. Dah terlanjur aku ke Agrobank, aku pun memasukkan sejumlah wang dalam akaun mamaku untuk mengaktifkannya. Namun begitu, aku tidak dapat mengaktifkan akaunnya kerana kerani bank tersebut mengatakan bahawa akaun tersebut telah ditutup.

Eh? Sejak bila? Mengapa jadi begitu sedangkan jumlah baki wang simpanan mamaku lebih banyak dari aku. Mengikut kata surat ini lagi, bagi akaun simpanan yang tidak aktif, tuan/puan dikehendaki menghadirkan diri ke mana-mana cawangan untuk mengaktifkan akaun simpanan tersebut.

Aku pun dah tak tahu nak buat apa apabila dikatakan akaun simpanan mamaku telah ditutup. Nak bawa mamaku sendiri ke bank, mamaku berada jauh di utara tanah air. Harap-harap mamaku dapat segera pergi sendiri ke bank tersebut. Kalau dikatakan akaun telah ditutup, apa boleh buat? Perlukah dianggap sebagai tiada rezeki?

Nampaknya lepas ini aku kena cari semula buku-buku akaun dan rajin-rajin mengaktifkan semua akaun simpanan yang entah berapa tahun tak aktif. Segala surat-menyurat rasmi untuk aku mungkin telah dihantar ke rumah tinggal di kampung (Kedah). Perlukah aku mula menukarkan alamat ke alamat tetap di Perlis atau alamat surat-menyurat di Perak?


Firefighter Kuwait Amazing Video

on Rabu, Mac 09, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

iPad 2 Percuma Untuk Anda

Selamat Hari Wanita untuk semua wanita di seluruh dunia. Di sini aku kongsikan amazing video, juga oleh seorang wanita yang kreatif dan dibuat secara spontan hinggakan ada yang tersentuh hati melihat hasil tangannya. Selamat menonton.


Entry lama:
Rawat Blog Dengan SEO Doktor.
Contest Anjung Streamyx

Rawat Blog Dengan SEO Doktor.

on Ahad, Mac 06, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Hari ini sengaja nak paparkan sedikit review tentang blog sendiri. Sebelum ni tak ada sesiapa pun yang sudi review Teratak Usang. Nampak tak angka yang menunjukkan 99%. Syukur Alhamdulillah walaupun tak dapat 100%. Cukup bangga. Bukan senang nak dapat tengok bendera hijau. Selalunya, SEO Doktor tu akan menunjukkan bendera merah atau kuning dengan peratus di bawah 70%. Itu merupakan SEO score yang dapat dilihat apabila kita install SEO Doctor, Add ons tool untuk Firefox.

Seperti manusia, blog juga memerlukan Doktor untuk dapatkan rawatan cuma berlainan bentuk iaitu yang berkaitan SEO. Terasa blog seperti tidak sempurna jika ada bendera merah dan peratusan terlalu rendah.

Page Rank Flow yang berwarna kuning memang sukar untuk dielakkan kerana terdapat banyak link (pautan) keluar dalam page pertama. Semakin banyak link yang keluar maka semakin kurang peratusannya. Kadang kala loading time juga tidak lulus jika terdapat terlalu banyak imej yang dipaparkan di page pertama, imej terlalu besar atau imej iklan yang terlalu banyak.

Masalah number of link sudah selesai apabila bloglist di sidebar telah diubah ke tempat bersesuaian, shoutmix disorokkan, dan mengurangkan sebanyak mungkin link yang tidak penting. Ketika ini, menurut SEO Doktor, page pertama mengandungi 86 links walaupun tidak kelihatan di mata kasar. Web Analytics boleh diselesaikan dengan mendaftar dan meletakkan kod yang diberikan dalam html.

Teori aku sendiri (kalau tersilap, tolong betulkan), kalau Inbound link tu bewarna merah, kemungkinan terlalu banyak outbound yang ada pada entry di page pertama. Lazimnya blog "do follow" akan ada masalah Inbound link ini.

Terima kasih pada Kak Jie yang menerangkan tentang wujudnya SEO Doktor dan Kaze yang menolong menyelesaikan beberapa masalah bendera merah yang wujud sebelum ini. Sungguhpun ianya tidak diambil berat oleh blogger lain (hanya segelintir sahaja), aku cukup memandang serius akan hal ini kerana SEO dapat membantu dalam meningkatkan trafik blog, meningkatkan Page Rank blog dan memudahkan pencarian maklumat. Tak ramai pun yang menggunakan SEO Doktor ni.

Beberapa bulan kebelakangan ini, aku hanya jumpa dua tiga buah buah blog yang mencapai 100% hijau iaitu blog Zulkbo, Kepala Bergetar dan Eizil. Tahniah kepada blogger-blogger ini kerana berjaya mengekalkan 100% SEO Doktor. Blog lain mungkin ada lagi tapi setakat ini, itu sahaja yang aku jumpa. Bilakah agaknya Teratak Usang nak boleh dapat 100% hijau?

Contest Anjung Streamyx

on Jumaat, Mac 04, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Anda ingin memenangi wang tunai? Reka Enterprise telah menyediakan wang tunai sebanyak RM320 dan 10 hadiah saguhati untuk blogger yang dapat menghasilkan penulisan kreatif bagi mempromosikan perkhidmatan Anjung Streamyx. Anjung Streamyx merupakan sebuah laman pendaftaran internet secara atas talian.

Untuk pengetahuan semua, Streamyx merupakan perkhidmatan terbaik di Malaysia. Aku hanya mendaftar melalui online untuk memohon BlockBuster Deal. Sehari selepas itu, aku dihubungi oleh pihak Telekom Malaysia supaya menghantar gambar kad pengenalan yang jelas melalui telefon tangan (MMS). Sungguh mudah dan cepat tanpa perlu keluar rumah. Semuanya terletak di hujung jari.

Pengalaman selama hampir setahun menggunakan perkhidmatan Streamyx, aku amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Suatu ketika, pernah terjadi gangguan talian telefon dan internet. Apabila gangguan dilaporkan, pihan Telekom Malaysia (TM) mengambil tindakan segera bagi menangani masalah yang berlaku. Beberapa hari selepas itu, pihak TM menghubungiku untuk mengetahui samada masih ada gangguan perkhidmatan. Menurut pihak TM, gangguan sementara sedang berlaku dan akan dibaikpulih secepat mungkin. Pihak TM juga memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

Berbalik pada Anjung Streamyx, perkhidmatan yang ditawarkan buat masa ini adalah pendaftaran untuk Streamyx pengguna biasa, Streamyx untuk perniagaan (SOHO), UNIFI VIP dan BIZ, dan juga Celcom Broadband. Anjung Streamyx juga sedang merancang untuk menambah khidmat pendaftaran ISP broadband lain seperti P1 Wimax, Yes, U-Broadband, Maxis Broadband dan pelbagai lagi.

Bagi anda yang berminat untuk mendaftar talian telefon dan internet melalui online, Anjung Streamyx menyediakan tutorial atau cara-cara untuk mendaftar dengan mudah. Anda juga boleh memilih pakej yang ditawarkan serta penerangan mengenai Pengiraan Bil Streamyx. Selain itu, bagi pengguna yang telah menggunakan Streamyx, anda juga boleh Upgrate Streamyx anda.

Pada blogger yang berminat untuk menyertai contest Anjung Streamyx, sila layari http://www.anjungstreamyx.com atau http://bit.ly/contestanjungstreamyx untuk maklumat lanjut. Contest Anjung Streamyx akan tamat pada 31 Mac 2011 jam 11.59 malam.


Contest Yang Sedang Berlangsung:

Saman Trafik Dilanjutkan.

on Rabu, Mac 02, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Berita baik pada semua yang tak sempat untuk membayar saman pada akhir bulan lalu termasuk. Tempoh bayar saman telah dilanjutkan sehingga 10 Mac ini. Pada sesiapa yang tak sempat membayar saman, sila manfaatkan masa yang ada untuk melunaskan saman yang ada.

Bagi sesiapa yang ingin menyemak saman melalui online, boleh layari MyEG. Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan:

1. Anda perlu Register terlebih dahulu dan isikan maklumat yang diminta sebelum dapat check saman tersebut.
2. Kemudian login dengan menggunakan username dan password yang telah didaftarkan tadi.
3. Pilih agensi yang anda kehendaki samada Jabatan Pengangkutan (JPJ) atau PDRM dan anda akan dibawa ke MyEG Servis Berhad.
4. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik check. Anda akan diberitahu tentang saman dan jumlahnya.

Jika anda berhajat untuk membayar secara online, sila tick di kotak kanan sekali di akhir maklumat saman anda dan klik proses. Caj akan dikenakan sebanyak RM2. Sila ikuti arahan yang diberikan untuk menyelesaikan saman secara online. Selamat mencuba.

Pada mereka yang selalu ambil mudah, lengai, suka melengah-lengahkan urusan bayaran dan yang sewaktu dengannya, ingatlah bahawa pembayaran secara online di saat-saat akhir tidak akan berjaya kerana ketika itu terlalu ramai yang akan membuat perkara yang sama menyebabkan sistem online menjadi sesak/down. Ambilah tindakan awal supaya anda tidak terlepas peluang yang telah diberikan.

Khidmat Mesra Pelanggan Di Klinik Kesihatan

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Temujanji: 1 Mac (petang)

Semalam aku ke klinik kesihatan mengikut TEMUJANJI yang ditetapkan setelah aku menelefon pihak klinik untuk bertanya dan mengesahkan adakah betul tarikh yang ditetapkan oleh Doktor kerana setahu aku, hari pemeriksaan hanya pada hari Isnin dan Rabu. Hari Isnin dan Rabu sememangnya ramai pesakit hinggakan tidak cukup tempat duduk.

Syukur Alhamdulillah, tengok gambar di atas, lengang sahaja kerana hanya dua tiga orang sahaja pesakit yang sedang menunggu GILIRAN. Nampaknya boleh la aku pulang awal hari ini, fikirku. Sekarang jam menunjukkan pukul 2 petang, mungkin ramai yang belum datang lagi.

Setelah jururawat memerikasa tekanan darah, menimbang berat badan dan urine tak sampai 5 minit, aku akan terus berjunpa Doktor untuk ultrasound. Jarum jam menunjukkan pukul 2.30 petang, namaku belum dipanggil. Sehingga jam 3 petang, tidak dipanggil juga. Cekap sungguh perkhidmatan yang ditawarkan oleh Klinik Kesihatan Kerajaan. Bagaimanakah agaknya kalau tiba-tiba ada yang jatuh sakit dan memerlukan rawatan lanjuut, berapa lamakah agaknya masa yang perlu ditunggu untuk berjumpa Doktor? Jam 3.15 petang barulah namaku dipanggil.

Peristiwa awal bulan lalu, waktu pertama kali aku ingin daftar untuk pemeriksaan ibu mengandung di klinik tersebut, dengan garangnya jururawat menyuruh aku pulang dan datang semula pada Isnin depan dengan alasan pada hari itu pesakit terlalu ramai dan semua jururawat kelaparan, nak juga rehat. Tak bolehkah jika aku datang semula waktu petang. Alasan yang sama diberikan iaitu pesakit terlalu ramai. Patutkah begitu? Bagaimana pula dengan CUTI yang diambil my hubby semata-mata untuk menghantar aku ke klinik pada hari tersebut? Isnin depan nak kena ambil cuti lagi sehari? Habis tu, aktiviti petang nak buat apa? Jururawat nak berehat ke? Senang je jururawat tu bercakap.

Aku pun menceritakan pada my hubby apa yang terjadi dan alasan yang diberikan. Dengan perasaan geram, my hubby keluar dari kereta dan bertanya jururawat tersebut. Boleh pula dia (jururawat) bercakap lembut dan menyuruh my hubby panggil aku semula untuk daftar dulu. Katanya pemeriksaan akan disambung jam 2 petang ini. Kenapa jururawat tu tak bercakap seperti mana dia cakap pada aku tadi? Pandai pula rendahkan suara, bercakap lembut-lembut dan sopan santun dengan my hubby. Tak kisahlah waktu petang pun sebab my hubby memang free hari tu.

Peristiwa minggu lepas, dengan penuh semangat aku hadir ke klinik jam 10 pagi hanya untuk berjumpa Jururawat Masyarakat. Akibat lama menunggu, tekanan darahku menurun dan kepala berdenyut pening sehingga jam 12.50 petang baru selesai semua urusan rawatan. Dengan keadaan diri yang dah tak berapa nak sihat, maka terpaksalah makan tengahari di luar kerana tak sempat lagi untuk memasak, perut pun dah berkeroncong. Bagaimanakah agaknya nasib golongan yang kurang mampu? Terpaksalah menahan kelaparan menunggu bas atau teksi yang entah bila akan melewati kawasan itu, balik ke rumah dalam keletihan terpaksa pula memasak untuk diri dan anak-anak.

Mungkin itulah temujanji yang TERAKHIR untuk aku. My hubby pun dah jemu menunggu lama. Kadang kala my hubby hanya menghantar aku ke klinik dan kembali untuk bekerja. Setiap setengah jam, my hubby akan call dan bertanya samada urusan rawatan selesai atau belum. Nampaknya my hubby dah nekad untuk tidak lagi menghantar aku dan berurusan dengan Klinik Kesihatan tersebut.

Pilihan yang seterusnya adalah Klinik Panel. Adakah ini pilihan yang tepat? Aku sendiri kurang pasti tapi yang pastinya aku tak nak bersalin di Hoaspital Kerajaan. Biarlah keluarkan banyak belanja asalkan hatiku tak sakit dan jiwaku tak tertekan dengan layanan yang "TERAMAT MESRA" oleh jururawat bertugas.

Ceria-ceriakan diri anda dengan Apple iPad 2 yang boleh dapat secara PERCUMA.

Apple iPad 2 Boleh Dapat Percuma.

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Google

Kebanyakkan web/blog menceritakan tentang Apple iPad 2 yang bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. 2 Mac adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh Apple Malaysia dan mpeminat iPad 2.

Pernah juga terniat dihati untuk memiliki iPad suatu hari nanti apabila baru-baru ini berkunjung ke kedai elektronik untuk temankan my hubby tandatangan perjanjian sewabeli, sambil menjamu mata melihat iPad yang dijual. Boleh tahan juga harganya. Tapi buat masa ni, iPad bukan lagi keperluan. Masih ada yang lebih penting dari itu.

Inginkan iPad 2 secara percuma? Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk memiliki iPad 2 tersebut. Yang diperlukan hanyalah idea yang kreatif, sedikit usaha dan kerajinan serta beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur "Hidup Untuk Memberi" iaitu Denaihati.com. Hadiah ditaja oleh Smartgold.biz dan Ray Ban Malaysia.

Antara hadiah yang ditawarkan adalah:
Hadiah
Hadiah Utama : 1 x Apple iPad 2.
Hadiah Hebat : 4 x Cermin Mata Ray Ban.
Hadiah Saguhati : 3 x RM100
Kelayakan blog utama
1. Blog mesti PR3 dan keatas.
2. Mesti join mailing list dan diaktifkan (kalau dah join bagus sangat lah).
3. Mesti buat satu entri kreatif tentang contest ni dengan link sponsor dan tinggalkan backlink di ruangan komen dan wall Face Book denaihati.
4. Blog yang aktif dengan sekurang-kurangnya 3 entri setiap minggu.
5. Tidak menggunakan cara yang tidak normal untuk mendapat trafik.
6. Terbuka untuk semua blog 1Dunia.
7. Bahasa bebas janji orang dunia faham.
8. Penganjur ada hak membatalkan mana-mana penyertaan dan mengubah syarat jika perlu.
Jika anda memenuhi kelayakan yang ditetapkan, jangan berlengah lagi untuk berusaha mendapatkan iPad 2 secara percuma. Pada yang tidak memenuhi kelayakan yang ditetapkan, jangan berkecil hati kerana hadiah saguhati sedia menanti dan akan diberikan kepada 3 blog bawah PR3 yang buat promosi dan masuk top link referrer. Walaupun sekadar menwar-warkan, banyak kelebihan yang kita akan dapat dalam jangka masa panjang seperti trafik, network dan keyword.

Mengapa Perlu Menipu?

on Selasa, Mac 01, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Kala kepanasan cuaca, badan tak berapa sihat, bad mood ditambah dengan gelagat pengunjung blog yang meninggalkan mesej di shoutmix, membuat hatiku bertambah-tambah panas. Masih ada rupanya blogger yang tidak jujur dalam blogging demi mengejar $$$.

Sekarang ni bermacam-macam cara orang mencari duit melalui blog. Daripada Nuffnang, Adverlets, Heartbeat dan pelbagai jenis iklan di pasang di blog. Namun, mengapakah masih ada yang hanya mementingkan duit semata-mata? Sejauhmanakah orang kan mempercayai kita jika kita sering menipu orang? Masih berminatkah blogger lain untuk mengunjungi blog kita jika mengetahui kita yang selalu menipu orang? Halalkah pendapatan kita itu jika kita menipu? Lumayan sangatkah pendapatan yang kita dapat dengan cara tidak jujur itu? Berkatkah rezeki kita itu? Sanggupkah kita memberi makan anak isteri kita dengan sumber yang kita dapat itu dengan cara menipu?

Sebab duit, orang sanggup melakukan apa sahaja. Sama seperti kes duit syiling dan yang terbaru kes beras yang berselerakan atas jalan raya.

Belum pun sempat aku klik, aku dah dapat agak apabila terlihatkan mesej yang ditinggalkan. Aku terpedaya dengan mesej tersebut? Oh, tidak! Firasat aku mengatakan ada something wrong dengan nama dan url yang ditinggalkan. Jadi, aku check la siapakah gerangan "Jejaka" dan "Minah" yang tinggalkan jejak di situ.

Aku cukup pantang dengan orang yang menipu ni. Sakit hati sangat-sangat. Cukup la sekali terkena, untuk kedua kalinya aku Ban terus url yang menipu tu. Apa salahnya kalau minta untuk aku klik iklannya? Aku masih tak puas hati kerana sikap tidak jujur sesetengah blogger yang menipu telah membuatkan hatiku panas sampaikan ter"Ban" url mereka. Bila difikirkan memang kesian tapi geram..geram..geram..

Maafkan aku jika kali ini aku mengeluarkan entry berkaitan ketidakstabilan emosi yang dialami. Kadang kala cuaca juga mempengaruhi ketidakstabilan emosi ini.

Mencari Hadiah Hari Lahir, Perkahwinan, Ulangtahun dan sebagainya?

Daftar HB

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved