Apam Polkadot Rasberi

on Khamis, Disember 15, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Seawal 5.50 pagi tadi aku bangun. Selepas solat subuh, aku merealisasikan impian yang terpendam selama ini. Anak-anak pun masih tidur, maka aku mulakan dengan "Bismillah..." untuk cubaan kali pertama membuat apam polkadot.

Satu alat tak ada iaitu penimbang jadi aku agak-agak sahaja sukatan tepung dan gula. Alhamdulillah, menjadi juga akhirnya. Gambar di atas tu adalah hasil kerja tangan yang pertama.

Anak sulungku panggil Apom Octopus. Setiap hari nak suruh aku buat Apom Octopus sejak tengok gambar dalam internet. Resepinya aku baca dari myresepi, blog kak Yatie, blog cik Tom dan banyak lagi. Aku pula setiap hari asyik buka resepi Apom Polkadot ni tapi tak boleh nak buat sebab semua bahan belum dibeli. Sebelum hubby bertolak ke PD, Negeri Sembilan, aku ajak dia pergi cari bahan-bahan untuk buat apam ni.

Aku kongsikan resepinya di sini:

Bahan-bahan:
3 biji telur dari peti ais
275 gm tepung gandum di ayak - aku guna 2 cawan setengah.
220 gm gula halus - aku guna 2 cawan.
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder di ayak.
1 sudu kecil ovalette
filling - blueberry/ strawberry- aku guna rasberi.
pewarna.
1 sudu kecil esen vanila.

Caranya:
1. Pukul telur bersama gula dan esen vanila sehingga kembang menggunakan kelajuan maksima.
2. Masukkan susu cair, tepung gandum dan ovalette. Pukul lagi hingga sebati dan sekata.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna yang disukai.
4. Picit adunan separuh cawan dan letakkan filling. Seterusnya picit lagi hingga penuh.
5. Buatkan dot dot dot di atasnya dan kukus 10 hingga 15 minit.

Selamat mencuba.




Ranking: 5

8 comments

15 Disember 2011 11:39 PG

salam..
ha ha..sayang nak makan
kalau cantik sebegitu :)

15 Disember 2011 12:21 PTG

Popular betul apam polkadot yer.

15 Disember 2011 1:35 PTG

assalam iza..

rasberry ke?bg saya 2 ketul boleh?

15 Disember 2011 2:33 PTG

Apam ni tempat kakak dah jadi macam trend masa majlis kahwin mesti ada. Jenuh nak buat satu-satu sebab comel-comel kan. Tapi cantik masa hidang atas meja... makan lagi cantik sekali ngap habis hihi....

16 Disember 2011 11:18 PG

uh
cam sodap jer apam nie..
apam balik xdek plak org nk wat cmni:p

16 Disember 2011 3:33 PTG

comel je nengok Apam ni...mesti sedap nih...hehehe

17 Disember 2011 6:00 PG

http://wanwidget.com/
cantik jer apam ni, gaya modern

17 Disember 2011 10:22 PTG

Salam Iza,

Terima kasih resepi siap dah tukar pada sukatan cawan. Senanglah tu.

Mesti sedapkan.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved