Nira Nipah.

on Isnin, Jun 27, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Ada sesiapa yang tak pernah minum air nira? Jika tak pernah minum, sila kelip-kelipkan mata anda.

Rasanya sungguh enak. Dapat menghilangkan dahaga terutamanya ketika cuaca panas. Air nira berasal dari pokok nipah atau pokok kelapa. Di negeri pantai timur, Nira dikenali sebagai air tuak. Air Nira sangat terkenal di utara Semenanjung.

Air nira yang baru diambil dari pokok sangat segar, manis dan sedap diminum. Namun air nira tidak dapat bertahan lama sekiranya tidak disimpan dalam peti sejuk. Airnya yang manis akan bertukar menjadi masam.

Antara khasiat air nira adalah untuk menyejukkan badan, mengurangkan batuk, merawat demam, menyuci buah pinggang dan memecahkan batu karang.

Air nira yang telah masam, jangan dibuang kerana ada kegunaannya. Nira masam boleh disimpan beberapa ketika sehingga menjadi jernih kembali dan dibuat cuka nipah asli. Cuka nipah juga boleh digunakan dalam masakan atau dalam bidang perubatan. Ia dipercayai dapat melegakan sakit akibat lumpuh.

Di Perak juga ada dijual air nira namun rasanya tidak seenak air nira di utara tanah air dan harganya pula mahal. Air nira yang dijual di tepi-tepi jalan di Perak terasa seperti campuran air gula putih dan kurang segar. Sekali minum, dah tak nak dah. Berlainan dengan air nira nipah asli, apabila diminum seteguk terasa seperti tidak puas nak nak minum lagi.

Sudah lama aku tidak merasai keenakan air nira segar. Kali terakhir aku minum air nira nipah segar setahun yang lalu. Kini terasa untuk minum lagi tetapi belum masanya untuk pulang ke kampung. Harap-harap aku dapat minum juga air nira nipah sebelum terlambat. Pada yang belum pernah minum, cubalah sekali, pasti nak lagi.






Ranking: 5

23 comments

27 Jun 2011 10:07 PTG

DiSelangor takdak kelih org juai..depa tak minum kut...

27 Jun 2011 11:27 PTG

salam..
lama dah tak minum
last minum pun masa jumpa
kedai tepi jalan di Alor Setar
manis...sedap,penghilang dahaga

28 Jun 2011 3:07 PG

pernah **sambil angkat tangan**.
cb kenai nira nipah ni sejak kawin nge ore klate. demo ni panggey 'tuak'. mula2 tu cuak ajo...nak minum tuak. rupanya nira nipah. hehehe.

28 Jun 2011 8:04 PG

aku air dia x penah minum..tp buah dia aku penah mkn masa g hutan mersing dulu..buah dia sedap jgk..isi dia hampir sama dengan kelapa kalau x silap..aku pun pernah makan sebijik jer masa ikut survival 3 hari kat mersing..so x boleh nk igt sgt rasa dia..

28 Jun 2011 5:35 PTG

People generally have this notion that loosing weight through just diet pill will be easy, but that's not so. Diet pill works well if a person consumes low-fat diet and has a habit of working out regularly. Simply popping diet pill and waiting for miracle to happen within weeks or months will only give you pain. Loosing weight is slow process that requires time and commitment, but then you really feel proud about yourself when you see yourself in the mirror and say, "Is this me."

28 Jun 2011 5:59 PTG

Assalam..

Biasanya kalau balik ke taiping saya akan singgah minum kedai tepi jalan selepas susur keluar dari tol..memang sedap tapi kedai tu jarang buka

28 Jun 2011 8:29 PTG

tak pernah minum lagi nira kelapa. macam mana la rasanya agaknya ye.

Latest Entri :
Tidur : Kualiti Ke Kuantiti

28 Jun 2011 9:59 PTG

pernah tengok kat kg nenek tapi terasa takut nak dekat sebab orang kata pokok nipah ni bukan sebarang pokok..lebih kurang macam ada penjaga la..kata hantu nanti orang kata tahyul pulak..

29 Jun 2011 10:16 PG

so, mak kena la kelip2 mata yek iza?? mak x pernah minum lg air nira ni rasanya...

tingin gak nk minum 1 ari nnt

9 Julai 2011 9:57 PTG

Sudah lama tak minum air tuak, kali terakhir adalh dlm bulan puasa thn lepas, m/kin thn ni dpt buka puasa dgn air tuak plak, sbb dlm bln puasa ramai yg m/jual di tepi jln.Nak yg asli prg tmpat org nyadat air tuak, mmng sgguh nyaman...tak terkata2. Knpa ye atikel yg iza terbitkan jnis yg tradisional punye, kdg2 anak zaman skrg tak kenal.

9 Julai 2011 10:47 PTG

@terataksenja
Kat sana mana nak cari pokok nipah tok?

@zulkbo
Kalau kat utara memang mudah nak cari nira ni..

@ComeyBelako
Rasanya ramai yg tak kenai nira ni kan..

@Black_mel
Buah dia pun sedap juga. lagi sedap kalau buahnya buah muda, kalau yg tua, isinya keras sikit.

@ozzy
W'salam..
Ya ka? kalau musim kemarau, nira kurang atau tak ada rasanyaa..

@eiela
Sedap rasanya...minum sekali mesti nak lg..

@abadi romeo
Ya ka? mungkin ada sebab kot org kata mcm tu..sebenarnya pokok nipah ni bahaya jgk kalau tak hati2 sebab batang yg dipotong tu tajam. Ada yang tertusuk perut kalau tak hati2.

@lagenda
Mak tak pernah minum ek? Kena cuba jgk nanti..

@sensasi2020@blogspot.com
Ya ka? Ya la, kebanyakkannya cerita tentang pengalaman diri sendiri. Kan pengalaman yang kita lalui itu berharga dan tidak boleh dijual beli..

Tanpa Nama
6 September 2011 2:43 PG

di perak ramai yang mengusahakan nira nipah, fakta yang anda beri tidak tepat, yang mengatakan nira nipah di perak tidak segar, dicampur dengan gula putih dan sebagainya. Nyata sekali anda tidak benar2 mengenali nira nipah di perak,dan tidak mengenali yang asli atau tidak, saya boleh beri jaminan, nira nipah di perak sama seperti di utara. Saya merupakan salah seorang pengusaha nira nipah di perak dan nira nipah yang saya usahakan tidak di campur dengan apa2 bahan dan semestinya segar. Klu nak rasa nira segar singgah di gerai saya di jalan menghala ke lumut, berhadapan Sek.Men.Keb. Sungai Ranggam.....jumpa anda disana ..tq

Tanpa Nama
7 November 2011 1:12 PTG

Memang sedap air nira nipah ni.......Sedap punyeeeeee........cuba rasa bau tau...Yg paling sedap dekat Marang,Terengganu...nira mawar....

Tanpa Nama
4 Januari 2012 12:45 PTG

dekat selangor ade..jalan batu belah klang..lpas tol 60sen.trus ikut flyover (jalan ke arah pel klag.ade orang jual tepi jln. 1 btol rm4..tpai mase aku beli tu..air nye manis..tapi bau nye.nauzubillah..busuk cam bau longkang+ikan busuk..mmg bau nye camtu ke??

26 Januari 2012 11:17 PTG

pasar changkat jering ada. tepi jalan je.

27 Januari 2012 9:40 PG

Oooo, ya ka?

27 Januari 2012 3:18 PTG

Air nira asli baunya harum macam air nira la. Kalau bau busuk, mugkin nira lama kot. Biasanya kalau nira lama, baunya menusuk hidung tapi tak la busuk macam air longkang. Nira masam boleh simpan sehingga jernih kembali dan dijadikan cuka masakan.

27 Januari 2012 3:23 PTG

InsyaAllah..

27 Januari 2012 3:25 PTG

Tak pernah sampai T'ganu lagi..

MoHaMMaD ZuLHiLMi
3 September 2012 8:18 PTG

Skrang air nira kt t'gnu dh mahal.. Rm3 stu btol kecik.
tpi mhal2 pom mmg sdap rr..
skrg ni rmai yg b'niaga air nira kt tgnu..
bru ja pas mnum tdi.

Tanpa Nama
12 Mei 2013 5:26 PG

Hello to аll, hοw is the whole thing, I think еѵery one is gettіng more
frоm this wеb site, and your viewѕ are good in suppoгt of new users.


Μy weblog - Hairstyles For Short Curly Hair

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved