Menuntut Wang Akaun Tidak Aktif.

on Ahad, Mac 13, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Jika anda masih ingat tentang Caj Perkhidmatan Agro Bank, ini merupakan kesinambungan entry tersebut.
Mamaku telah mengunjungi bank yang berkenaan dan telah disahkan bahawa akaun bank mamaku memang telah ditutup pada bulan Disember lepas kerana sudah 6 tahun akaun tersebut tidak aktif. Baki wang yang ada telah selamat dihantar ke Jabatan Akauntan Negara sebagai Wang Tak Dituntut.

Bagi mendapatkan semula wang tersebut, beberapa proses perlu dilaksanakan. Mengikut kata mamaku, mujur ada yang sudi membantu dalam mengisi segala borang yang diperlukan bagi menuntut wang tersebut. Borang permohonan boleh didapati di bank berkenaan, photostat dan isi segala borang dan juga dokumen yang diperlukan dan pos ke Jabatan Akauntan Negara.

Pada anda yang mengalami nasib yang sama iaitu akaun bank tidak aktif dan wang telah di hantar ke Jabatan Akauntan Negara, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk menuntut semula wang anda.

Bayaran Balik Wang Tak Dituntut - Tuntutan Oleh Individu

Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan kepada pejabat Pendaftar oleh pihak yang menuntut :

1. Satu borang UMA-7 yang telah siap diisi dan ditandatangani;
2. salinan fotostat kad pengenalan pihak menuntut yang telah disahkan;
3. dokumen asal yang menunjukkan hak kepunyaan WTD; (umpamanya buku akaun bank, waran dividen, sijil simpanan tetap); dan
4. salinan mukasurat buku akaun atau penyata bank tempatan yang mengandungi maklumat pemegang akaun dan nombor akaun yang telah disahkan. Pemohon perlu memastikan akaun tersebut masih aktif kerana bayaran akan dikreditkan terus ke akaun pemohon.

Dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan bagi tuntutan oleh individu :

1. Jika pihak yang menuntut tidak dapat menyerah dokumen asal yang menunjukkan hak kepunyaan WTD sepertimana yang ditetapkan dalam perenggan iii) di atas, beliau perlu memperolehi surat pengesahan yang menunjukkan butir-butir terperinci terhadap wang yang ingin dituntut dari syarikat atau firma yang telah menyerah WTD itu kepada Pendaftar.
2. Warga negara asing yang membuat tuntutan perlu mengemukakan salinan mukasurat pasport yang telah disahkan mengandungi nombor pasport, nama negara yang mengeluarkannya, nama dan gambar pemegang pasport dan juga muka surat yang menunjukkan tempoh sah laku pasport tersebut.
Bagi warganegara asing yang tidak mempunyai dokumen pasport, surat kuasa sah lain yang mengesahkan pengenalan dirinya perlu dikemukakan.
Bagi warganegara Singapura, salinan kad pengenalan yang telah disahkan boleh dikemukakan.
3. Jika pihak yang menuntut bukan empunya asal wang tetapi mempunyai hak di sisi undang-undang terhadapnya, beliau dikehendaki mengemukakan dokumen bukti yang menunjukkan hak berkenaan.

Dokumen yang boleh diterima termasuk :
o Surat Kuasa Mentadbir
o Sijil Pemberian Probet
o Surat Wakil Kuasa
o Borang E / F menurut Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955
o Perintah Mahkamah
o Sijil Faraid
o Pengesahan oleh syarikat atau firma bahawa simati telah membuat penamaan waris

4. Akaun simpanan kanak-kanak (bawah umur) yang dikendalikan mengikut tatacara pegangan amanah
Di mana akaun seseorang kanak-kanak dikendalikan oleh seorang individu sebagai pemegang amanah, tuntutan bayaran balik hanya boleh dilakukan oleh pemegang amanah yang dimaksudkan itu melainkan kanak-kanak itu telah mencapai umur 18 tahun pada masa tuntutan dibuat (umur 12 tahun bagi pemegang akaun Bank Simpanan Nasional).

Tuntutan-tuntutan sepertimana berikut memerlukan Borang Bon Gantirugi (UMA-8) yang perlu diisi dan dimatikan setem hasil RM10.00 :

1. Jika pihak yang menuntut dimana tuntutan oleh waris tanpa sijil pemberian probet atau surat kuasa bagi amaun tidak melebihi RM2,000.00; atau
2. kes tertentu tertakluk atas budi bicara Pendaftar WTD.

Pengesahan bagi semua salinan dokumen sokongan boleh dilakukan oleh individu-individu warganegara Malaysia sepertimana berikut :

1. Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
2. Penghulu atau Penggawa atau Pengerusi JKKK
3. Pegawai Daerah
4. Ahli Dewan Undangan Negeri
5. Ahli Parlimen
6. Pesuruhjaya Sumpah atau Jaksa Pendamai

Pendaftar WTD berhak meminta apa-apa dokumen yang diperlukan untuk membuktikan tuntutan tersebut adalah sah dan benar walaupun permohonan lengkap diterima.

Amaun WTD yang akan dipulangkan oleh Pendaftar adalah amaun yang telah diserahkan oleh syarikat atau firma tidak termasuk sebarang faedah terakru keatas wang tersebut.
Sumber: Jabatan Akauntan Negara (http://www.anm.gov.my/public_html/bm/default/wt7.php)

Proses untuk menuntut wang akan mengambil sedikit masa (lebih kurang seminggu) dan kos yang terpaksa ditanggung sendiri oleh penuntut wang. Oleh itu, jika anda ingin menuntut wang anda, pastinya jumlahnya berbaloi untuk dituntut.
Ranking: 5

8 comments

12 Mac 2011 11:17 PTG

salam
betul jugak tu, kalau nilai yg nak dituntut lebih rendah dari kos ..buat rugi aje nye

12 Mac 2011 11:31 PTG

claim jangan tak claim

13 Mac 2011 1:37 PG

salam..
apalah ke hal bank ni sampai nak menyusahkan pelanggan..samapi kita nak kena tuntut di pejabat akauntan negara,lagipun pelanggan masih lagi hidup..macam2 proses yang menyusahkan rakyat pada pandangan saya..

13 Mac 2011 1:21 PTG

@etomyam
W'salam
Hmmm..betul3x

@Sharinginfoz
hehe..

@zulkbo
W'salam..
Betul tu, dulu ok je tp skrg ni kalau akaun lama tak aktif, dah kena hantar ke jab. akauntan negara..

13 Mac 2011 2:04 PTG

Sebenarnya hanya akaun yang dormant @ pasif selama 7 tahun ke atas sahaja, pihak bank kena hantar ke Jab wang tak dituntut.

Pihak bank juga biasanya akan menghantar surat peringatan tentang akaun pasif ni.

Jika anda rasa ada wang yg nak dituntut silalah ke Jab Wang Tak Dituntut, Menara Maybank berhampiran Puduraya KL

14 Mac 2011 2:49 PTG

@penadigital
Betul la tu..
Dah menuntut dah pun tapi hanya melalui pos, jauh sgt nak ke KL, boleh sesat nanti, kos perjalanan lagi. Pos lebih mudah.
Terima kasih.

25 Februari 2014 1:02 PTG

saya buat 2/1/14...sampai sekarang x dpt lgi..cmna tu

2 Disember 2014 4:05 PTG

Jika buku bank hilang, bolehkah kita menuntut wang itu?

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved