Misteri Serai Wangi Dan Batu

on Isnin, Januari 31, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Pasti ramai di kalangan kita yang pernah dengar dan mengenali POKOK SERAI WANGI dan khasiatnya dalam perubatan dan kegunaan harian samada secara saintifik atau secara tradisional serta petua-petua yang boleh diamalkan menggunakan serai wangi.

Aku bukan ingin menceritakan tentang khasiat-khasiat serai wangi yang telah diketahui umum tetapi aku ingin merungkai segala persoalan yang timbul sejak beberapa bulan lepas. Persoalan yang timbul di mindaku, masih tidak mendapat jawapan yang betul-betul sahih. Jadi aku ingin meminta pendapat anda yang pakar tentang persoalan yang timbul ini.

Sebagai generasi yang ke dot dot dot (entah ke berapa sebab tak sempat nak tanya tok wan aku yang dah meninggal dunia), sukar untuk aku percaya perkara mistik dan kadang-kala tak masuk akal. Jika aku ceritakan kisah ini, jangan la ada yang kata aku dah tak betul sebab aku sendiri susah nak percaya.

Ok, sebelum itu cuba anda perhatikan betul-betul gambar batu di atas. Ia seperti batu-batu biasa yang terdapat di kedai-kedai emas. Batu tersebut dipanggil BATU SERAI WANGI kerana dijumpai di bawah atau berdekatan dengan pokok serai wangi. Batu tersebut boleh dijadikan batu cincin, loket atau dijadikan rantai tangan. Susah untuk ditemui atau dijumpai melainkan hanya orang tertentu sahaja. Pelik juga kan?

Jika seseorang yang ada ilmu kebatinan seperti bomoh, dia tidak akan bertemu atau terjumpa pokok serai wangi. Sungguh hairan, betul ke ni? Tolong jawabkan. Mengikut sumber lisan, pokok serai wangi hanya akan ditemui oleh orang yang tidak tahu tentang rahsia, misteri dan khasiatnya. Bagaimana pula dengan pengusaha serai wangi seperti saudara Ozzy? Pastinya memerlukan stok serai wangi untuk dikomersilkan. Mesti selalu jumpa dan bertemu dengan pokok serai wangi.

Jika berjumpa dengan pokok serai wangi, perlu dipatahkan rantingnya atau daunnya sebagai tanda. Jika tidak berbuat demikian, kali kedua anda ke tempat pertama kali anda jumpa pokok tersebut, pokok serai wangi tersebut akan hilang. Macam biskut chipsmall pula, sekejap ada sekejap hilang. Ini lagi tidak masuk akal.

Sebenarnya banyak lagi yang ingin aku curahkan di sini tapi tak dapat aku luahkan segala-galanya. Nak bertanya terus dengan sumber utama, bimbang niatku disalahtafsirkan. Pada sesiapa yang berpengalaman atau mengetahui tentang MISTERI SERAI WANGI dan BATU SERAI WANGI, diharap dapat merungkai segala persoalan yang timbul.

p/s: Jika sulit untuk dikongsikan di ruangan komen, boleh emailkan padaku melalui Contact Form di atas atau ke teratakusang.iza@gmail.com
Ranking: 5

24 comments

31 Januari 2011 12:31 PG

dulu family belah ayah kami pun ada dpt batu serai ni,
siap sorang satu lg,
pakcik tu keluarkn dari dalam sungai la, batu la, beras la,
mmg ajaib,tak sempat nak tgk dgr citer je time tu kecik lg..:)

31 Januari 2011 12:43 PG

salam..
"JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DI SELUBUNGI MISTERI"..he he..
memang misteri nih???

31 Januari 2011 6:32 PG

pokok serai ada dekat kampung... batu serai wangi tak pernah jumpa kak.... misteri nusantara nie...

31 Januari 2011 10:18 PG

@LiFe KaMi
Ya ka? Memang susah nak percaya tapi bila ditanya, itulah jawapannya. Pelik jgk. Bila dipersoalkan, katanya harta Qorun.

@zulkbo
W'salam.
Terjebak dalam misteri. Itulah yg nak cari jawapannya ni..

@Zik
Kalau pokok serai utk masakan tu mmg la tak ada batu misteri ni.hehe..

31 Januari 2011 12:19 PTG

Memang misteri betullah, tak tau nak percaya ker tak.

31 Januari 2011 1:25 PTG

salam
tak pernah tengok rupe batu serai wangi ni camner hehe

31 Januari 2011 2:50 PTG

@fiza
Hmmm...

@etomyam
W'salam..
Rupanya macam kat atas tu je...

31 Januari 2011 7:19 PTG

ooo itu macam ka.. melibatkan misteri gak yer.. ingatkan ada je kat mana2 pokok serai he he

31 Januari 2011 11:04 PTG

Assalam iza..

Sememangnya perkara ini tlh dikatakan berabad dulu & dikatakn juga batu tersebut dijaga oleh seekor kala jengking yg amat berbisa...blh dianggap dongeng sbb x de bukti...jika terjumpa pun mngkin secara kebetulan.
Sekarang ini pokok serai wangi telah diusahakan secara komersial maka terlalu byk pokoknya dpt ditemui bermakna ada banyak batu ke??..Ia juga ditanam diantara tumbuhan lain untuk menghalau & mencegah kehadiran serangga krn serangga tidak sukakan pada baunya.setelah keistimewaan ini ditemui barulah ia diusahakan secara komersial.
p/s-sorry terpanjang pulak komennya hehe..

31 Januari 2011 11:51 PTG

@freeman
Pokok serai mmg ada kat mana2 tp serai wangi yg susah nak cari..

@ozzy
W'salam..
Hmmm, mungkin kebetulan je kot kan. Tapi yang hairannya kenapa si pemilik batu tu ada banyak batu yang sama dan dikatakan dijumpai di sekitar tamanan serai wangi? Kalau mmg betul ada batu tu? mesti saudara ozzy pun akan jumpa byk batu macam tu kan?
p/s:tak pe, saya mmg mengalu-alukan komen yg panjang, tak kena bayar pun.hehe...terima kasih atas penerangan di atas.

1 Februari 2011 9:05 PTG

salam..
pelik jgk kalo ada batu mcm ni kat serai wangi..huhu

ssh nak percaya..

mgkin bomoh2 dah jadikan serai wangi sbg trademark perubatan mereka..

1 Februari 2011 9:11 PTG

@adele
W'salam..
A'a, pelik kan tp mmg batu tu dijumpai berdekatan pokok serai wangi. Memang susah nak percaya.
Ish, tak de la sampai jadikan trademark, kalau buat ubat ok la sbb serai wangi mmg byk khasiatnya pun.

3 Februari 2011 11:52 PTG

batu serai wangi? huhuh. baru 1st time saya dengar.. btw, memang benar pokok serai wangi ni bagus untuk kesihatan

4 Februari 2011 1:11 PTG

@Ayie
ya ka? ni yg nak bagitau ni.hehe...
Ya, betul tu..byk khasiatnya..

Tanpa Nama
22 Mac 2011 5:13 PG

salam...sy pown xbpe nk taw sgt psl batu2 cm nie..tp mnat mmg ade..sy ade juga dgr kate2 dr mulut org..klu nk pasti kn batu nie betul2 batu serai yg original..dia pasti boley mlekat kat cermin..sy mnx maaf la klu2 slah..sy cme nk brkongsi sje..:)

22 Mac 2011 2:12 PTG

@Tanpa Nama
W'salam.
Owh..ya ka?dgr mcm tak logik je. Tak mengapa, nanti saya try tanya pemilik batu itu agar buat demo kot2 betul2 melekat. Thanks atas perkongsian tersebut.

ntah..
31 Mac 2011 2:46 PG

asalam...mmg benar kate saudara tnpa nama yg di atas..untuk mndpatkn kpastian bhawa batu serai kepunyaan anda itu benar2 asli..cuba la lekat kn ia pada permukaan cermin..jika ia melekat maka ia sememangnya asli..

31 Mac 2011 2:41 PTG

@ntah
W'salam..
Oh..terima kasih krn menyakinkan saya.

Tanpa Nama
1 Februari 2012 9:31 PG

memang betul wujud.. setahu aku bukan dari serai wangi,,tapi serai biasa, yg akan berbunga seperti pokok padi..
memang pelik,tapi itulah kuasa ALLAH,kalau kita pikirkan bnda cmni,byk lagi bnda pelik yg berlaku, smua tu kuasa ALLAH.
aku pon ad dpat satu warna purple.. wat cncin dah..
mm cntik n aku x taw khasiat dia,, just pkai n yakin dgn kuasa ALLAH..
THX..

1 Februari 2012 4:05 PTG

Terima kasih atas komen di atas.
Wow, warna purple...
mesti cantik kan.
Ya, itulah kuasa Allah.

14 November 2012 6:39 PTG

Sy ada 1 batu serai hitam...dan jika tgok btul2..mcm warna biru pun ade...cantik....:)

14 November 2012 6:40 PTG

Sy ada 1 batu serai hitam...dan jika tgok btul2..mcm warna biru pun ade...cantik....:)

FK
15 Mac 2014 5:52 PTG

Saya ada Tnm serai wangi.alhmdllah hidup.dulu niat cuma suka2,sekrg mgeluarkan bunga plak!cerita ngan kawan,dia kata. Ada barg yg nk dismpikan pada saya,biasanye dua jenis brg.batu dan barang purba....tapi saya belum tetapkan bila nk tarik keluar.keinginan 2 ada,cuma mgkin belum tiba masanya lg.nanti lah...sambil cari2 org yg pandai menariknya!.....

Tanpa Nama
23 Mei 2014 7:13 PTG

kat rumah sy ada 1 pokok serai wangi merah ianya sdh berbunga 4 bulan yg lps tp sy blm cabut lg tgh cari org yg pandai berkenaan dgn hal2 tentang batu serai ni, kalau sesiapa tahu cara2 mendapatkan batu daripada pokok serai wangi bolehlah menghubungi sy di talian: 0184042749

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved