Belajar Buat I-Cord

on Jumaat, Mei 24, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Beg kecil pattern kulit kerang dengan tali i-cord. Menggunakan benang dari Bangkok. Hasil yang sempat aku buat sebelum pergi bercuti.


Destinasi percutian sempena cuti sekolah ni adalah ke Pantai Timur. Selamat bercuti.

Gara-gara Nak Cepat.

on Selasa, Mei 14, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia...

Pagi ni giliran aku untuk hantarkan anakku ke Pra Sekolah. Biasanya kalau hubby kena standby atau ada breakdown sampai ke pagi, aku la yang akan ambil alih tugas sebagai mak supir.

Kalau aku yang hantarkan, pastinya kami akan keluar sekitar jam 7.10 ke 7.15 pagi. Satu sifat aku yang sukar nak ubah adalah "cepat". Semuanya aku nak cepat maka kalang-kabut la jadinya... Nak kejut anak, mandikan anak, siapkan anak (anak yang sorang ni malas nak buat sendiri atau dalam bahasa mudah malas nak berdikari). Yang kecil pulak merengek nak dibelai.

Apabila semuanya sudah siap dan enjin kereta pun telah dipanaskan, aku bawa anak-anak naik kereta untuk ke sekolah. Sampai sahaja di pertengahan jalan, anakku bersuara....

"Ibu....."
"Kenapa? Tertinggal beg sekolah ke?"
"Bukan. Along terlupa nak pakai kasut sekolah..."

MasyaAllah....jam di tangan menunjukkan 7.20 pagi. Tak sempat lagi dah kalau nak berpatah balik sebab jalan tu nak kena U-turn jauh di hadapan dan apabila berpatah balik, kena U-turn semula jauh di belakang sebelum sampai ke rumah.

"Tak pa la Along, nak buat macam mana, kita dah lambat ni. Kalau cikgu tanya, bagitau je Along lupa..."

Itu je jawapan yang boleh aku berikan...
Dia pun tau sarungkan saja masuk ke kaki...Kalau ke sekolah bersama abahnya, tak pernah pulak terlupa nak pakai kasut sekolah.

Pengajarannya: Jangan buat kerja terburu-buru dan pastikan semuanya lengkap sebelum melakukan perkara lain.

Hadiah Hari Guru.

on Sabtu, Mei 11, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Masih tercari-cari hadiah hari guru untuk anak anda? Memang buntu juga memikirkan hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada guru.

Oleh kerana ini sahaja kepakaran yang aku ada setakat ini, maka aku kaitkan sebiji beg kecil untuk dihadiahkan pada hari guru nanti. Harap-harap cikgu Pra sekolahnya suka...


Guru perempuan senang sikit nak cari hadiahnya. Kalau guru lelaki, agaknya apa yang pelajar bagi ye?

Jika ada yang berminat untuk menempah, saiz beg ni kecil sahaja iaitu 9"x5". Boleh hubungi saya di http://crochetproducts.com.my atau di Iza Arm Crochet

Parti Pilihan.

on Jumaat, Mei 03, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Esok nak balik kampung bagi tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada 5 Mei ini untuk masa depan bangsa, agama dan negara. Aku berdoa moga-moga akan ada keajaiban yang berlaku.

Undi adalah rahsia. Jom kita mengundi...

Sotong (B)

on Sabtu, April 27, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Kalau cerita bab sotong ni...mesti resepi ataupun di pasar la kan?

Sebagai surirumah, memang tak terlepas la membeli bahan mentah dan keperluan harian untuk seisi keluarga. Kalau malas nak ke market, kedai runcit biasa pun ada jual bahan basah. Kalau ke pasar besar, anak kecilku memang tak boleh duduk diam. Dia pun nak berjalan sendiri, tak nak dukung-dukung lagi dah. Jadi pilihan yang aku ada, beli saja kat kedai bahan basah depan sekolah anakku.. Memang banyak pilihan, macam-macam jenis ikan, udang, sotong, ketam dan sayuran.

Otak manusia ni sentiasa berfikir. Satu hari aku terlihat di satu sudut tertulis SOTONG (B). Puas aku memikirkan siang malam, apa maksudnya (B) tu.. Selang dua tiga hari, aku ke kedai tersebut. Aku cari pula kalau-kalau terjumpa SOTONG (A) namun tak jumpa-jumpa.

Agaknya apa maksudnya dengan huruf "B" tersebut ya?
Pengomen yang berjaya meneka maksud "B" tersebut dengan tepat (tekaan pertama kali sahaja), akan mendapat hadiah saguhati dari Teratak Usang. 

Jawapan akan diberikan setelah mendapat peneka yang tepat. Jom fikir-fikirkan...

Tapak Website Baru

on Khamis, April 25, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Syukur, Alhamdulillah...
Tak dapat ku susun ayat melainkan aku memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi, dengan limpah kurniaNya dapat aku membuka satu-satunya Website.
Dengan menggunakan domain http://crochetproducts.com.my, secara rasminya website tersebut telahpun berfungsi sepenuhnya setelah beberapa minggu tertangguh. Puas sudah aku memikirkan nama domain yang sesuai. Harap-harap ianya berbaloi.

Dengan ini juga, aku melangkah setapak (setapak je....) lagi ke hadapan. Doakan perjalanan ini... Moga dengan usahaku yang tak seberapa ni, akan mendapat sokongan terutamanya ahli keluargaku yang terdekat. Maklum la, sebelum ni apa yang aku lakukan memang tidak dapat dorongan atau sokongan. 

Oleh itu, berbekalkan semangat dan keras hati (ingin cekal...), aku teruskan juga supaya suatu hari nanti akan terbuka hati dan minda orang tersayang untuk menyokongku.

Ada lagi berita baik yang bakal menyusul tapi aku tidak berhajat untuk ceritakan sekarang... Walau bagaimanapun, terima kasih aku ucapkan pada pembaca dan juga rakan blogger yang tak jemu singgah di Teratakku...

SIII Phoce Case

on Selasa, April 23, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 dunia.

Hari ni, siap satu phone case. Phone case ni ada dua ruang iaitu tempat simpan syiling atau kad (berzip) dan satu ruang untuk handphone atau smartphone berpenutup butang magnetik.
Seperti permintaan pelanggan, saiz yang dikehendaki ialah 6 inci x 3.5 inci warna hitam dan merah. Dicantumkan dengan benang bewarna kelabu di tepi.

Harga untuk phone case seperti ini adalah lingkungan RM20 bergantung pada aksesori yang digunakan.
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved